BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 16 February 2022 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) organised a
thanksgiving function in conjunction with the 48th birthday celebration of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, with the main focus at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.


Through a
‘Whole-of-Ministry’ approach, similar functions were held at all
suraus in RBAF camps, bases and garrisons in all four Districts, including Masjid Pulau Baru-Baru.


The thanksgiving function began with the Fardhu Maghrib prayer followed by the
Sunat Hajat prayer, recitation of Surah Yaasin and a special ‘Doa Kesyukuran Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang Ke-48 Tahun’. The function concluded with the Fardhu Isya’ prayer led by Imam Mohd Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam of Surau Ad-Difa’.


Present at the function were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence; senior leadership as well as staff and personnel of the Ministry of Defence and RBAF. 



Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrson


Surau Al Fai’zun, Berakas Garison



Surau Al-Huda, Pengkalan TLDB Muara



Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Kem



Surau Al-Hikmah Penanjong Kem



Surau Ar-Rahmah Perkhemahan Lumut



Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar



Masjid Pulau Baru-Baru



KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-48 TAHUN


BOLKIAH GARISON, Rabu, 16 Februari 2022 – Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ke-48 tahun pada peringkat Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison telah diadakan dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.


Melalui pendekatan ‘Whole-of-Ministry’, majlis serupa juga telah diadakan secara serentak di seluruh surau di perkhemahan, pangkalan, dan garison ABDB di keempat-empat Daerah termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.


Majlis kesyukuran ini dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin, dan bacaan ‘Doa Kesyukuran Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang Ke-48 tahun’. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah dipimpin oleh Imam Mohd Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa’.


Turut hadir di majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; dan seluruh peringkat kepimpinan serta warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.