BOLKIAH GARRISON, Monday, 14 February 2022 – With the consent of His Majesty The Sultan And Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, a total of 575 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel, consisting of in-service and retired personnel, received Long Service and Good Conduct medals in ceremonies held concurrently at RBAF military camps. The ceremonies were held under current COVID-19 early endemic guidelines.


At the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison, 42 RBAF Officers received their long service and good conduct medals presented by Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF. This was followed by medal presentations to 84 other ranks presented by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd Kadir, the Joint Force Commander. 


192 Royal Brunei Land Force (RBLF) personnel received their medals presented by Brigadier General Haji Muhd Haszaimi Bin Bol Hassan, Commander of the RBLF, at 1st Batallion Parade Square, Berakas Garrison.


86 Royal Brunei Navy (RBN) personnel received their medals presented by First Admiral Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi@ Haji Seruji, Commander of the RBN at the Muara Naval Base.


Subsequently, 121 Royal Brunei Air Force (RBAirF) received their medals presented by Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Deputy Commander of the RBAirF at Rimba Air Force Base.


At Training Institute RBAF (TI RBAF), 22 personnel received their medals presented by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commandant of TI RBAF at Penanjong Garrison. In addition, 24 Special Forces Regiment (SFR) personnel were presented medals by Lieutenant Colonel Muhd Suwardi bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latif, Commanding Officer of the SFR.


The awarding of the medal is in recognition of appreciation for the meritorious service carried out with utmost dedication and integrity. The medal presentation is hoped to also serve as an inspiration for other members of the RBAF, encouraging them to maintain a high level of professionalism and excellence in their military careers.









575 ANGGOTA ABDB TERIMA PINGAT KERJA LAMA DAN PERANGAI BAIK (TENTERA)


BOLKIAH GARISON, Isnin, 14 Februari 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan seramai 575 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terdiri daripada anggota yang masih berkhidmat dan yang telah bersara, bagi penerimaan anugerah Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik pada majlis yang diadakan secara serentak di perkhemahan-perkhemahan tentera. Majlis tersebut telah diadakan mengikut garispandu semasa Fasa Awal Endemik COVID-19 di negara ini.


Seramai 42 orang pegawai-pegawai ABDB yang menerima Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik yang disampaikan oleh Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB bertempat di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. Ini diikuti dengan penyampaian pingat kepada 84 anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan Akademi Pertahanan yang disampaikan oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd Kadir, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.


Seramai 192 orang anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik yang disampaikan oleh Brigedier Jeneral Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB, di Berakas Garison.


Bagi Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik telah disampaikan oleh Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Pemerintah TLDB kepada 86 orang anggota TLDB di Pangkalan Tentera Laut Muara.


Seramai 121 orang anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik disampaikan oleh Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Timbalan Pemerintah TUDB bertempat di Pangkalan Tentera Udara Rimba.


Seramai 22 orang anggota Institut Latihan ABDB (IL ABDB) menerima Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik yang disampaikan oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB bertempat di Penanjong Garison. Pada masa yang sama juga Leftenan Kolonel Muhd Suwardi bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latif, Pegawai Pemerintah Rejimen Pasukan Khas (RPK) menyampaikan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik kepada 24 orang  anggota-anggota RPK.


Pengurniaan pingat tersebut adalah merupakan pengiktirafan tanda penghargaan atas khidmat bakti yang dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti. Pengurniaan pingat itu juga diharap akan menjadi inspirasi kepada anggota ABDB yang lain, menggalakkan mereka mengekalkan tahap profesionalisme dan kecemerlangan yang tinggi dalam kerjaya ketenteraan mereka.