PENANJONG GARISSON, Monday 07 February 2022 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), made a farewell visit to the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).

The arrival of the RBAF Commander and entourage was welcomed by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Commandant of TI RBAF, at the 30 Meter pistol shooting range. 

The visit began with a friendly shooting competition with TI RBAF senior officers and was followed by a sharing session with TI RBAF personnel of other ranks at Dewan Nikmat, Penanjong Garrison. The session was also attended by the 168th intake of male recruits virtually.

During the sharing session, the Commander of RBAF delivered his speech where he emphasised the TI RBAF significance in transmitting the core foundation of basic military skills and training. He also mentioned the importance of the role and responsibility of instructors in giving their best commitment and service in cultivating RBAF personnel and recruits, as well as discipline among recruits, as guidance in life to shape good personalities.

In addition, the Commander of RBAF also stipulated the importance of spiritual education and Islamic teachings in each member of the RBAF and reminded all personnel to serve and leave a meaningful legacy for the RBAF.

A sharing session followed the visit with TI RBAF officers at the Officers’ Mess Penanjong Garrison that began with a group photo session, farewell lunch and signing of parchment. 

During the session, the Commander of RBAF also delivered his speech. He emphasised the importance of leadership to produce an excellent organisation in the RBAF.

The visit ended with a parade of TI RBAF personnel lined up along the Jalan Penanjong Garrison to bid farewell to the outgoing RBAF Commander. 



KUNJUNGAN PERPISAHAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Isnin, 07 Februari 2022 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan kunjungan perpisahan ke Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Ketibaan Pemerintah ABDB berserta rombongan telah disambut oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Komandan IL ABDB, di Padang Tembak 30 Meter.

Lawatan tersebut dimulakan dengan “Friendly Shooting Competition” iaitu perlawanan menembak pistol bersama pegawai-pegawai Kanan IL ABDB. Ini diikuti dengan sesi ramah mesra bersama anggota PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB di Dewan Nikmat, Penanjong Garison yang turut dihadiri para rekrut lelaki Pengambilan ke-168 secara dalam talian.

Semasa sesi tersebut, Pemerintah ABDB telah menyampaikan ucapan di mana beliau menyatakan bahawa Institut Latihan merupakan nadi dalam pembentukan asas tentera yang penting dalam pembangunan ABDB. Beliau juga menyentuh kepentingan peranan dan tanggungjawab jurulatih dalam memberikan komitmen dan khidmat terbaik dalam mendidik anggota-anggota ABDB dan rekrut, serta disiplin di kalangan anggota rekrut sebagai panduan hidup dalam membantu membentuk keperibadian yang baik.

Di samping itu, Pemerintah ABDB juga menekankan kepentingan pendidikan rohani dan ajaran Islam di dalam setiap anggota ABDB dan mengingatkan agar setiap anggota untuk berbakti dan meninggalkan legasi yang bermakna di ABDB.

Lawatan itu turut disusuli dengan sesi ramah mesra bersama pegawai-pegawai IL ABDB di Mes Pegawai Penanjong Garison yang dimulakan dengan sesi bergambar ramai, jamuan tengah hari dan menandatangani Lembaran Kenangan.

Semasa sesi ramah mesra tersebut, Pemerintah ABDB juga telah menyampaikan ucapan di mana beliau menyentuh kepentingan tampuk pemerintahan seorang pemimpin bagi menjana organisasi yang cemerlang di dalam ABDB. 

Lawatan diakhiri dengan perbarisan benteng Pemerintah ABDB bersama pegawai-pegawai, anggota-anggota IL ABDB dan rekrut di sepanjang Jalan Penanjong Garison.