
BOLKIAH GARISSON, Saturday, 22 January 2022 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the virtual
Malam Munajat conducted by the Ministry of Religious Affairs this evening. The function was held at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison’s
Surau Ad-Difa.
From the Ministry of Defence and RBAF, the
Malam Munajat was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, RBAF Commander; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence; RBAF Joint Force Commander; Deputy Permanent Secretaries, officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF.
In addition, the
Malam Munajat was also participated by Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Minister of Religious Affairs; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Minister at the Prime Minister’s Office; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Deputy Minister of Religious Affairs; and Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Minister Finance and Economy (Fiscal).
The function began with the recitation of
Sayyidul Istighfar and
Surah Al-Fatihah led by Yang Berhormat Minister of Defence II, followed by the recitation of
Surah Yaasin. The function continued with a
tazkirah delivered by Captain Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani from the RBAF Religious Directorate and the recitation of
Asmaul Husna by the RBAF military recruits led by Lieutenant Shaikh Shahrul Azhar bin Ahmad from the RBAF Religious Directorate.
Malam Munajat is a weekly activity organised by the Ministry of Religious Affairs in the spiritual effort to seek protection from Allah Subhanahu wa Ta’ala from the adversities of the COVID-19 pandemic in the country.



KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI MALAM MUNAJAT
ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
BOLKIAH GARISON, Sabtu, 22 Januari 2022 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama secara dalam talian malam ini. Majlis tersebut kali ini diadakan di Surau Ad-Difa Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Bagi pihak Kementerian Pertahanan dan ABDB, Malam Munajat tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Yang Mulia Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah Angkatan Bersama ABDB; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Turut hadir secara maya ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal).
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin beramai-ramai. Majlis diteruskan dengan penyampaian tazkirah oleh Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani dari Jabatanarah Agama ABDB dan diteruskan dengan laungan Asmaul Husna oleh rekrut-rekrut tentera ABDB dipimpin oleh Leftenan Shaikh Sahrul Azhar bin Ahmad dari Jabatanarah Agama ABDB.
Malam Munajat ini adalah merupakan aktiviti mingguan anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai satu usaha kerohanian di dalam memohon perlindungan Allah Subhanahu wa Ta’ala khususnya daripada penularan wabak COVID-19 di negara ini.