BENGKURONG, Sunday, 02 January 2022 – The Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) began the new year with a cleaning campaign in conjunction with the RBAF Diamond Jubilee Anniversary by deploying officer cadets of Intake 20 to assist in cleaning the area at Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Bengkurong. The tasks include cutting and lifting tree trunks and clearing the complex area.
Cleanliness and personal hygiene have been emphasised as the most important values in maintaining the officer cadets’ discipline and standards. These have been further strengthened by actions through assisting the public community.
It is anticipated that the officer cadets will soon become commissioned officers, and this program is an excellent way to establish the concept of mutual assistance and nurturing relationships with other communities in Brunei Darussalam, particularly in the pursuit of common objectives.




AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI ADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI PUSAT EHSAN AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB
Bengkurong, Ahad, 02 Januari 2022 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah memulakan tahun baharu dengan kempen kebersihan sempena Sambutan Jubli Intan ABDB dengan mengerahkan pegawai kadet Pengambilan Ke-20 memberikan bantuan membersihkan kawasan di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Bengkurong. Tugas-tugas yang dijalankan termasuk pemotongan dan mengangkat batang pokok serta pembersihan di kawasan sekeliling kompleks.
Kepentingan kebersihan dan kebersihan diri telah ditekankan sebagai nilai terpenting dalam mengekalkan disiplin dan piawaian pegawai kadet. Nilai ini telah diperkukuhkan dengan tindakan membantu masyarakat awam.
Pegawai-pegawai kadet ini dijangka akan menjadi pegawai-pegawai bertauliah tidak lama lagi, dan program ini merupakan cara terbaik untuk mewujudkan konsep bergotong-royong dan memupuk hubungan dengan masyarakat lain di Negara Brunei Darussalam, khususnya dalam usaha mencapai objektif bersama.