With the utmost sincerity, I would like to wish everyone in the Ministry of Defence (MINDEF) and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) a Happy New Year 2022.

The Ministry of Defence would like to express its highest appreciation and uphold His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s New Year 2022
titah.

In retrospect, 2021 was filled with various initiatives, activities, and challenges that required collective efforts as we adapt to a new normal in managing the ongoing effects of the COVID-19 pandemic. 

Praise to Allah the Almighty, we successfully launched the 2021 Defence White Paper during the RBAF Diamond Jubilee Celebrations, which established a significant milestone in outlining MINDEF and RBAF’s latest vision and strategic direction within the contours of an increasingly challenging and contemporary security landscape. Meanwhile, within the ambit of diplomacy, Brunei Darussalam successfully assumed its responsibility as Chairman of ASEAN with the theme ‘We Care, We Prepare, We Prosper’, where MINDEF and RBAF played crucial roles within the defence sector especially in the 15th ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM), the 8th ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM-Plus) and its related meetings to achieve our targeted deliverables. 

On this occasion, I would like to thank and express my deep appreciation to all the committees and everyone involved in making our agenda a success. These accomplishments,
InshaaAllah, will contribute to a continuous peaceful environment. 

Looking ahead, the year 2022 will be another important year, both nationally and globally, where we must continue to champion a whole-of-nation approach as well as regional and international cooperative efforts to contain the challenges and uncertainties resulting from the continued threat of the COVID-19 pandemic. Within this vein, MINDEF and RBAF will continue to lend its support and steadfast commitment in ensuring the country’s safety and security. 

With prayers to Allah the Almighty, and His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s benevolence, wisdom, leadership and compassion as well as the cooperation and dedication by all,
InshaaAllah we will prevail in carrying out the responsibilities entrusted to us, guided by the Vision and Mission of the Ministry of Defence in realising the national aspirations to achieve
Wawasan Brunei 2035.

****************************

UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN DATU LAILARAJA MEJAR JENERAL (B) DATO PADUKA SERI HAJI AWANG HALBI BIN HAJI MOHD YUSSOF MENTERI PERTAHANAN KEDUA SEMPENA 

TAHUN BAHARU 2022 MASIHI

Saya dengan perasaan tulus ikhlas, mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2022 Masihi kepada semua warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). 

Kementerian Pertahanan menjunjung kasih setinggi-tingginya dan mendukung Titah Perutusan Tahun Baharu 2022 Masihi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Mengimbas kembali, tahun 2021 penuh dengan pelbagai inisiatif, aktiviti dan cabaran yang memerlukan usaha kolektif sambil kita menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam menangani kesan pandemik COVID-19 yang masih berleluasa. 

Syukur Alhamdulillah, pelancaran Kertas Putih Pertahanan 2021 telah selamat disempurnakan semasa sambutan Jubli Intan ABDB, di mana ini merupakan sebuah mercu tanda yang signifikan dalam menggariskan visi serta hala tuju rancangan strategik pertahanan negara yang terkini dalam konteks persekitaran keselamatan yang kian mencabar. Dari segi diplomasi, Negara Brunei Darussalam juga telah dengan jayanya menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2021 dengan tema ‘We Care, We Prepare, We Prosper’ yang mana Kementerian Pertahanan dan ABDB turut memainkan peranan yang penting dalam sektor pertahanan khususnya melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN kali ke-15 (ADMM), Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus kali ke-8 (ADMM-Plus) dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan untuk mencapai hasil-hasil yang disasarkan. 

Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan ucapan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua komiti dan setiap individu yang terlibat dalam sama-sama menjayakan agenda Kementerian Pertahanan dan ABDB pada tahun lalu. Pencapaian ini, InshaaAllah, akan menyumbang kepada persekitaran yang aman damai secara berterusan. 

Melangkah kehadapan, tahun 2022 turut dinilai sebagai tahun yang amat penting, di dalam dan luar negara, di mana kita perlu terus memperjuangkan pendekatan senegara serta usaha-usaha kerjasama pada peringkat serantau dan antarabangsa dalam membendung cabaran dan ketidakpastian yang berkaitan dengan penularan wabak COVID-19. Dalam hal ini, Kementerian Pertahanan dan ABDB akan memberikan sumbangan dan komitmen yang tinggi dalam memastikan negara kita akan sentiasa selamat.   

Dengan berbekalkan doa ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala dan berkat daulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kebijaksanaan, kepimpinan dan keprihatinan Baginda serta kerjasama dan kerja keras kita semua, InshaaAllah kita akan berjaya melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan berpaksikan Wawasan dan Misi Kementerian Pertahanan dalam merealisasikan aspirasi negara mencapai Wawasan Brunei 2035.