BOLKIAH GARRISON, Thursday, 23 December 2021 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), hosted a luncheon as part of a farewell call from Senior Colonel Li Jianzhong, the outgoing
Defence Attache of the People’s Republic of China
to Brunei Darussalam today. 


Also present were Lieutenant Colonel Huang Xin, the Assistant Defence Attache of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam, the Chief of Staff RBAF and the Director of Intelligence.


During the event, the Commander of the RBAF expressed his appreciation to Senior Colonel Li Jianzhong for his cooperation through his tenure. He also expressed appreciation for the contribution extended by China to assist Brunei Darussalam in managing the COVID-19 pandemic.


Both sides further agreed that interactions such as training, courses and professional exchanges had been carried out successfully despite the ongoing COVID-19. Both sides also expressed hope that the long-standing friendship between both countries continues to prosper, particularly in defence and military-to-military activities. The Commander RBAF then wished Senior Colonel Li Jianzhong all the best in his future endeavours.


Senior Colonel Li Jianzhong was appointed as the Defence Attache of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam since 9 December 2019.






PEMERINTAH ABDB ADAKAN MAJLIS MAKAN TENGAHARI PERPISAHAN BAGI ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Khamis, 23 Disember 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghoskan majlis makan tengah hari sebagai tanda perpisahan bagi Senior Colonel Li Jianzhong, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. 


Turut hadir ialah Lieutenant Colonel Huang Xin, Penolong Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.


Semasa acara tersebut, Pemerintah ABDB menzahirkan penghargaannya di atas kerjasama yang diberikan oleh Senior Colonel Li Jianzhong di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Pemerintah ABDB turut menyampaikan penghargaan mengenai sumbangan yang telah diterima dari Kerajaan China dalam membantu Negara Brunei Darussalam menghadapi pandemik COVID-19. 


Kedua belah pihak turut bersetuju bahawa interaksi seperti latihan, kursus dan pertukaran profesionalisme telah dijalankan dengan jayanya walaupun berhadapan dengan wabak COVID-19. Kedua belah pihak turut berharap agar hubungan yang telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China akan terus kukuh khususnya dalam aktiviti ketenteraan dan pertahanan. Pemerintah ABDB kemudiannya mendoakan kejayaan Senior Colonel Li Jianzhong pada masa hadapan.


Senior Colonel Li Jianzhong mula dilantik sebagai Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam sejak 9 Disember 2019.