
RIMBA GADONG CAMP, Saturday, 18 December 2021 – The Royal Brunei Malay Reserve Regiment (RBMRR) RBAF Military Cadets and Kris Karmila Kreations Co. led by Madam Hajah Karmila Haji Sapar (Kris Karmila) collaborated in the 9th installment of the company’s charity project called ‘Jiwaku Ikhlas’.
This year’s charity project involves a channel of assistances for more than 20 families and individuals in four districts including house fire victims in Kampong Burong Pinggai Ayer, low income families, persons with different abilities, single mothers and orphans.
The handovers will be carried out concurrently across the four as they leave Rimba Camp this morning in accordance to the Early Endemic Phase guidelines and Standard Operating Procedures (SOP) stipulated by the Government of His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
Donated items includes furniture, clothing, footwear, daily sustenance items, and facemasks. Besides participating in distributing the donation, RBMRR also supervised the transportation and manpower management. Additionally, a total of 300 food packs were also distributed to the frontliners of the workforce involved.
The contributions were made by the The Embassy of Islamic Republic of Iran in Brunei Darussalam, Kris Karmila Kreations Co., Krispy Krunchiez, Firoz Jaya Silk House Sdn Bhd, CJMM Company Furniture, Superwater Marketing Sdn Bhd, Suzy Said Company, Berry Wan Companies, Dapur Qisk Company, Project Printhub, RBMRR and the general public.
As of today, Madam Hajah Karmila Haji Sapar indicated that the charity project has successfully assisted more than 1,000 families and individuals, local and foreign, in all four districts.
The 10th edition will take place by the end of January 2022 with the ‘back to school’ concept. Members of the public are encouraged to participate with the contribution where Interested individuals can contact +673 7171488 for further arrangements.




PROJEK AMAL ‘JIWAKU IKHLAS’ EDISI KE-9
RIMBA KEM GADONG, Sabtu 18 Disember 2021 – Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB) di bawah Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB) dan Kris Karmila Kreation Co. yang diketuai oleh Puan Hajah Karmila Haji Sapar (Kris Karmila) telah bekerjasama dalam projek amal ‘Jiwaku Ikhlas’ Edisi Ke-9.
Projek amal pada tahun ini melibatkan saluran bantuan kepada lebih 20 buah keluarga dan individu di keempat-empat daerah termasuk mangsa kebakaran di Kg Burong Pinggai Ayer, keluarga kurang berkemampuan, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim.
Penyerahan akan dilaksanakan secara serentak dengan rombongan dijadual meninggalkan Rimba Kem pada pagi ini dengan mengikut garis pandu Fasa Awal Endemik dan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Bantuan adalah dalam bentuk perabot, pakaian, kasut, barang asasi dan sungkup muka. Di samping ikut serta memberikan sumbangan keperluan, ASMDB turut berperanan sebagai penyelia dalam pengurusan pengangkutan dan tenaga kerja. Tambahan lagi, sebanyak 300 pek makanan juga telah diagihkan kepada barisan hadapan tenaga kerja yang terlibat.
Penyumbang dan penaja terdiri daripada Kedutaan Besar Republik Islam Iran, Kris Karmila Kreations Co., Krispy Krunchiez, Firoz Jaya Silk House Sdn Bhd, CJMM Company Furniture, Superwater Marketing Sdn Bhd, Suzy Said Company, Berry Wan Companies, Dapur Qisk Company, Project Printhub, ASMDB dan orang awam.
Mengikut kenyataan Puan Hajah Karmila Haji Sapar, projek amal ini telah berjaya menyalurkan bantuan kepada lebih 1,000 keluarga dan individu, tempatan dan warga asing, di keempat-empat daerah.
Projek seterusnya iaitu edisi ke-10 akan dilaksanakan pada penghujung bulan Januari 2022 dengan berkonsepkan ‘kembali ke sekolah’. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama memberikan sumbangan dan boleh berhubung terus melalui telefon +673 7171488.