BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 03 September 2021 – Since the second wave of COVID-19 hit Brunei Darussalam last month, a total of 65 civilian officers and staff from the Ministry of Defence (MINDEF) have volunteered to assist the National Coordination Centre COVID-19 (N3C19), Ministry of Health (MOH) and Medical Reception Station (MRS), Bolkiah Garrison.
The volunteers undertake various roles to assist health officials in food delivery, logistics and administration matters. They work daily at several locations, including at swab test and vaccination centres, hospitals, clinics,
MRS, isolation facilities, as well as food distribution centres.
In support of MOH, the volunteers are also attached to specialised deployments, including providing clinical assistance such as vaccinators, swabbers and ushers; help desk supporting BruHealth and Health Line at 148; contact tracing, delivering both dry and hot packed food rations to homes of individuals under the Quarantine Order and isolation notices.
The contribution by MINDEF to the COVID-19 response represents the most significant domestic resilience operation in
assisting the government and community of Brunei Darussalam in addressing the COVID-19 outbreak.



SUKARELAWAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
MEMBANTU DALAM MENANGANI PANDEMIK COVID-19
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 03 September 2021 –
Sejak Negara Brunei Darussalam dilanda gelombang kedua penularan COVID-19 bulan lepas, seramai 65 pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan telah ditempatkan sebagai sukarelawan di bawah Pusat Penyelarasan Kebangsaan COVID-19 (N3C19), Kementerian Kesihatan dan
Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan (MRS), Bolkiah Garison.
Para sukarelawan telah ditugaskan pelbagai peranan untuk membantu pegawai-pegawai kesihatan dalam penghantaran makanan, urusan logistik dan pentadbiran. Mereka bekerja setiap hari di beberapa lokasi termasuk pusat-pusat ujian swab dan vaksinasi, hospital, klinik, MRS, pusat-pusat pengasingan, dan juga pusat pengedaran makanan.
Dalam menyokong Kementerian Kesihatan, para sukarelawan juga telah didaftar untuk penempatan khusus termasuk untuk memberi bantuan klinikal seperti vaksin, penguji swab (swabbers) dan
usher; meja bantuan (help desk) BruHealth dan Talian Kesihatan 148; pengesanan kontak (contact tracing), menyampaikan catuan makanan, makanan kering dan makanan masak ke rumah individu yang di bawah Perintah Kuarantin atau Notis Pengasingan Diri.
Sumbangan Kementerian Pertahanan terhadap respons COVID-19 kini merupakan operasi ketahanan domestik yang sangat penting dalam
mendukung pihak kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam dalam menangani wabak COVID-19