BERAKAS, Saturday, 7 August 2021 – Various issues related to the national development agenda and youth empowerment towards contributing to
Wawasan Brunei 2035 were discussed during the Youth Town Hall Brunei 2021. The town hall is a platform organised in conjunction with the National Youth Day Celebration to inculcate a solution driven, forward thinking mindset and collaborative youth community who are passionate about contributing to national development.
Invited to speak at the town hall was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II. Also present as panellists were Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Minister of Primary Resources and Tourism, and Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, Legislative Council Member.
In his remarks, Yang Berhormat Minister of Defence II highlighted the importance of having strong national security and defence structures in place as one of the critical factors of national development. He informed that the recent publication of the Defence White Paper 2021 on 31st May 2021 is centred on coherence and alignment with our national strategic interests, supporting other government and private agencies, including youths, and promoting peace and security with international partners.
Themed ‘“Future Ready: Scaling New Heights”, the third edition of the town hall, co-organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports and the Young Professionals Network Brunei took place at the International Convention Centre Berakas today.




PARA BELIA BERPELUANG UNTUK BERINTERAKSI BERSAMA MENTERI PERTAHANAN KEDUA DI
YOUTH TOWN HALL BRUNEI EDISI KETIGA
BERAKAS, Sabtu, 7 Ogos 2021 – Pelbagai isu yang berkaitan dengan agenda pembangunan negara dan pemerkasaan belia yang menyumbang kepada Wawasan Brunei 2035 dibincangkan semasa
Youth Town Hall Edisi Ketiga 2021. Sesi ini adalah landasan yang dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan bagi menanamkan pemikiran maju ke hadapan dan komuniti belia kolaboratif yang bersemangat untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Dijemput untuk berucap di sesi tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir sebagai ahli panel ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, dan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menekankan pentingnya mempunyai struktur keselamatan dan pertahanan negara yang kukuh sebagai salah satu faktor penting pembangunan negara. Beliau memaklumkan bahawa penerbitan Kertas Putih Pertahanan 2021 pada 31 Mei 2021 yang lalu berpusat pada perpaduan dan penyelarasan dengan kepentingan-kepentingan strategik kebangsaan, menyokong agensi-agensi kerajaan dan swasta, termasuk golongan belia, dan mempromosikan keamanan dan keselamatan dengan rakan-rakan antarabangsa.
Bertemakan
“Future Ready: Scaling New Heights”,
Youth Town Hall edisi ketiga yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan
Young Professionals Network Brunei berlangsung hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.