BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 4 August 2021 – Brunei Darussalam’s giant-sized national flag that was hoisted on the 1 July has been lowered down, in a ceremony marking the conclusion of
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 75th Birthday Celebration, in the capital. 

The lowering of the giant national flag was officiated by the Deputy Minister of Religious Affairs, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. 

The ceremony was attended by Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of Royal Brunei Armed Forces and Services Commanders. 

The giant-sized flag was lowered by 20 personnel from the Royal Brunei Navy led by 1347 Lt Dya Siti Nabillah binti Ramudin, RBN in the vicinity of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex. The entire proceeding was accompanied by the National Anthem,
‘Allah Peliharakan Sultan’ and the recitation of Doa Selamat to conclude the ceremony.

ACARA PENURUNAN BENDERA BESAR
SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 75 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Ogos 2021 – Bendera besar Negara Brunei Darussalam yang telah dinaikkan pada 1 Julai 2021 telah diturunkan di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera kebangsaan di seluruh negara sempena Sambutan Ulang Tahun
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-75

Penurunan bendera besar telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. 

Hadir semasa uparaca penurunan bendera besar ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera. 

Penurunan bendera kebangsaan telah dilaksanakan oleh 20 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh 1347 Lt Dya Siti Nabillah binti Ramudin, TLDB dengan diiringi oleh Lagu Kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat bagi menutup upacara berkenaan.