ISTANA NURUL IMAN, Thursday, 15 July 2021
– His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to confer state decorations to 16 recipients during an Investiture Ceremony held in conjunction with His Majesty’s 75th birthday celebration.
His Majesty first bestowed The Most Exalted Order Of
Paduka Keberanian Laila Terbilang (D.P.K.T.) to His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah that carries the title Dato Paduka Seri.
Among the recipients of the state decorations were Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF),
First Admiral Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Commander of Royal Brunei Navy (RBN) and
Brigadier General Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir who were conferred The Most Gallant Order of Pahlawan Negara Brunei, First Class (P.S.P.N.B.) which carries the title Dato Seri Pahlawan.
The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.


His Majesty first bestowed The Most Exalted Order Of Paduka Keberanian Laila Terbilang (D.P.K.T.)
to His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen ibni
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
that carries the title Dato Paduka Seri.



KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENGURNIAKAN
BINTANG-BINTANG KEBESARAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
ISTANA NURUL IMAN, Khamis, 15 Julai 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 16 orang penerima bersempena dengan Hari Keputeraan baginda yang ke-75 tahun.
Pengurniaaan Bintang-Bintang Kebesaran didahului dengan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang membawa gelaran ‘Dato Paduka Seri’.
Antara penerima-penerima Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam ialah Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Laksamana Pertama
Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan
Brigedier Jeneral Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Angkatan Bersama yang dikurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa (P.S.P.N.B.) Darjah Pertama yang membawa gelaran Dato Seri Pahlawan.
Istiadat pengurniaan telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.