BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 14 July 2021 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces conducted a
Doa Kesyukuran
event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison, in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 75th birthday.
Present during the event were Colonel (U) Abdul Rahman bin Durahman, Chief of Staff of the Royal Brunei Armed Forces, Directors, Senior Officers, Officers and personnel of Ministry of Defence and RBAF.
The event began with the recitation of verses of the holy Al-Quran from Surah An-Nisa verses 58 to 63 recited by 50993 LCpl Awang Muhammad Zulilmi bin Awang Haji Julahia from RBAF Religious Department that stresses the ummah in obeying the leader as long as the leader acts in accordance to Islamic teachings.
The event continued with mass Maghrib prayer, followed by
Sunat Hajat Prayer and the recitation of Surah Yaasin and Doa Kesyukuran led by the Imam of Surau Ad-Difa’. The event then concluded with mass
Isya’ prayer.
This event is an annual celebration held in all mosques throughout the country and celebrated by all citizens to show gratitude and love for the His Majesty, the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-75 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Rabu, 14 Julai 2021 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang ke-75 tahun.
Hadir semasa majlis tersebut adalah Yang Mulia Kolonel (U) Abdul Rahman bin Durahman, Ketua Staf Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan Anggota-anggota tentera dan awam Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Surah An-Nisa ayat 58 hingga 63 yang dibacakan oleh 50993 LKpl Awang Muhammad Zulilmi Bin Awang Haji Julahia dari anggota JAMAAT yang menekankan ketaatan ummah kepada pemimpin selagimana pemimpin itu tidak mengingkari hukum Allah.
Acara diteruskan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan bacaan Surah Yaasin serta doa kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Surau Ad-Difa’. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.
Majlis ini merupakan sambutan tahunan yang diadakan diseluruh masjid-masjid di Negara Brunei Darussalam dan disambut oleh semua rakyat bagi menandakan rasa syukur dan menjunjung kasih terhadap raja dan pemimpin negara.