BOLKIAH GARRISON, Monday, 05 July 2021 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Senior Colonel Khanchit Wichaworn, Defence Attaché of Thailand to Brunei Darussalam this afternoon. Also in attendance were the Chief of Staff RBAF and the Director of Intelligence.
During the call, both countries expressed their dedication to enhance the existing diplomatic cooperations as one of the key cornerstones of Brunei Darussalam and Thailand’s bilateral relations. Commander RBAF then congratulated Senior Colonel Khanchit Wichaworn on his appointment as the Defence Attaché of Thailand to the country and looked forward for further interaction with Senior Colonel Khanchit Wichaworn during his appointment as the Defence Attaché in strengthening bilateral relations between Brunei Darussalam and Thailand.
Senior Colonel Khanchit Wichaworn was appointed as the Defence Attaché of Thailand to Brunei Darussalam replacing the former Defence Attache, Colonel Nopadej Pansri since April 2021.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN THAILAND KE NEGARA BRUNEII DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 05 Julai 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Senior Colonel Khanchit Wichaworn telah dilantik sebagai Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam petang ini. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak mengungkapkan rasa dedikasi dalam meningkatkan kerjasama diplomatik yang sedia ada sebagai salah satu kunci teras hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand. Pemerintah ABDB kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Senior Colonel Khanchit Wichaworn di atas perlantikannya sebagai Atase Pertahanan Thailand ke negara ini dan berharap untuk berinteraksi secara lebih dekat di sepanjang perlantikannya sebagai Atase Pertahanan dalam mengukuhkan hubungan dua hala di antara kedua buah negeri.
Senior Colonel Khanchit Wichaworn telah dilantik sebagai Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam bagi menggantikan menggantikan Atase Pertahanan sebelumnya, Kolonel Nopadej Pansri sejak bulan April 2021.