BRUNEI MUARA, Thursday, 1st July 2021 – Islam greatly demands personal hygiene and cleanliness of the environment, more so of our places of worship such as mosques and religious halls as Mosque is seen as a dedicated place to perform prayers and a centre of activities for the Muslim community.



In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Diamond Jubilee Anniversary, the RBAF are undertaking cleaning campaigns at 60 mosques throughout the four districts in the Sultanate as part of its community outreach campaign.



The cleaning campaigns are held at ten mosques every month from June 2021 to November 2021. In the month of June, cleaning campaigns were conducted at Perdana Wangsa Haji Mohammad Mosque in Kampong Setia, Al-Muhtadee Billah Mosque Kampong Sungai Kebun, Kampong Birau Mosque, RIPAS Mosque Kampong Rimba, Pg Muda Abd Malik Mosque Kampong Tungku/Katok, Pengiran Muda Abdul Wakeel Mosque Kampong Kiudang, Kampong Kapok Mosque, Yayasan SHHB Mosque, Kampong Bolkiah ‘A’, Religious Hall Kampong Sibut, and STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria Mosque.



The campaign to spruce, clean, and improve the looks and surroundings, as well as the interior of the mosque, are carried out by Directorates under the Ministry of Defence as well as across all RBAF units as a means to contribute to the overall Brunei community, with a particular focus on mosques and religious halls, as well as assisting and promoting cleanliness following the current COVID-19 pandemic protocol.


 


















KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN


ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI




BRUNEI MUARA, Khamis, 1 Jun 2021 – Kebersihan diri dan persekitaran adalah amat dituntut oleh Islam lebih-lebih lagi tempat-tempat ibadat seperti Masjid dan dewan agama memandangkan Masjid adalah tempat khusus bagi menunaikan solat dan pusat kegiatan bagi masyarakat Muslim.



Sempena sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), ABDB sedang giat mengendalikan kempen kebersihan sebanyak 60 buah masjid di keempat-empat daerah di negara ini, sebagai sebahagian daripada kempen kemasyarakatan.



Kempen membersihkan masjid ini telah dan sedang dikendalikan di mana sebanyak 10 buah masjid akan dibersihkan setiap bulan bermula bulan Jun 2021 sehingga November 2021. Pada bulan Jun 2021, kempen tersebut telah pun dikendalikan di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampong Setia, Masjid Al-Muhtadee Billah Kampong Sungai Kebun, Masjid Kampong Birau, Masjid RIPAS Kampong Rimba, Masjid Pg Muda Abd Malik Kampong Tungku/Katok, Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel Kampong Kiudang, Masjid Kampong Kapok, Masjid Yayasan SHHB, Masjid Kampong Bolkiah ‘A’, Balai Ibadat Kampong Sibut, dan Masjid STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria.



Kempen bagi merapikan, membersihkan dan memperbaiki penampilan dan persekitaran mahupun di dalam masjid telah dilaksanakan oleh Jabatanarah-Jabatanarah di bawah Kementerian Pertahanan dan seluruh unit ABDB sebagai cara untuk menyumbang kepada masyarakat Negara Brunei Darussalam secara umum, dengan tumpuan khusus pada masjid dan dewan agama, serta membantu dan mempromosikan kebersihan sesuai dengan protokol pandemik COVID-19 pada masa ini.