BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 23 June 2021 – The IX Moscow Conference on International Security (MCIS) convenes online today at the Ministry of Defence until Thursday, 24 June 2021.  

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, participated for the first time in the Conference and delivered his remarks during the Plenary Session on the Asia-Pacific region in the context of global politics as an invited speaker.  

In his remarks, Yang Berhormat Minister of Defence II shared Brunei Darussalam’s perspective on regional and international security matters and shared the positive outcomes achieved through the cooperative framework under ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) and ADMM-Plus in tackling wide-ranging security issues. In this regard, Yang Berhormat Minister of Defence II commended Russia’s support to ASEAN Centrality throughout its twenty-five years of ASEAN-Russia Dialogue cooperation, including activities under the ADMM-Plus Experts’ Working Groups and in other ASEAN security-related sector on Counter-Terrorism and Transnational Crime as well as their involvement in the evolving regional security architecture. 

Also in attendance were the Permanent Secretary at Ministry of Defence, officials from the Directorates of Intelligence, Defence Policy and Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies.

The conference initiated with welcome video addresses by His Excellency Vladimir Putin, President of the Russian Federation, and His Excellency Antonio Guterres, United Nations Secretary-General.  The Minister of Defence of the Russian Federation, Army General Sergei Shoigu, also delivered his statement during the opening.

MCIS is an annual event held since 2012 by the Ministry of Defence of the Russian Federation. The event aims to foster an understanding of security issues that shape and influence the strategic environment, where the conference participants address current global and regional security agendas.  Among the issues highlighted at this year’s conference include the discussion on the military’s role in the COVID-19 situation, information security, as well as the prospects for military cooperation that involves Russia and its regional partners. 



MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENYERTAI SECARA MAYA PADA PERSIDANGAN KESELAMATAN ANTARABANGSA MOSCOW (MCIS) KE-9 TAHUN 2021


BOLKIAH GARISON, Rabu, 23 Jun 2021 – Persidangan Keselamatan Antarabangsa Moscow (MCIS) kali ke-9 bermula hari ini di Moscow, Persekutuan Russia, yang disiarkan langsung secara dalam talian di Kementerian Pertahanan hingga hari Khamis, 24 Jun 2021.  

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, buat julung kalinya menyertai Persidangan tersebut sebagai salah seorang
speaker jemputan dan memberikan ucapan semasa Sesi Plenari yang membincangkan rantau Asia Pasifik dalam konteks politik global.  

Dalam ucapan beliau, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua mengongsikan perspektif Negara Brunei Darussalam mengenai hal ehwal keselamatan serantau dan antarabangsa, dan berkongsi hasil positif yang dicapai melalui kerangka kerja kerjasama di bawah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus dalam menangani isu-isu keselamatan yang luas.  Dalam hubungan ini, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan penghargaan terhadap sokongan Russia kepada Pemusatan ASEAN di sepanjang dua puluh lima tahun kerjasama Dialog ASEAN-Russia termasuk aktiviti di bawah Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus dan di sektor berkaitan keselamatan ASEAN yang lain mengenai Anti-Pengganasan dan Jenayah Merentas Negara serta penglibatan mereka dalam arkitektur keselamatan serantau yang berkembang.

Turut hadir pada persidangan tersebut ialah
Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Pegawai-Pegawai dari Jabatanarah-Jabatanarah Perisikan dan Dasar Pertahanan, serta Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 

Persidangan dibuka dengan sebuah video ucapan alu-aluan daripada Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Russia, dan Tuan Yang Terutama Antonio Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Menteri Pertahanan Persekutuan Russia,
Army General Sergei Shoigu juga menyampaikan kenyataan beliau semasa perasmian persidangan tersebut.

MCIS merupakan acara tahunan yang diadakan sejak 2012 oleh Kementerian Pertahanan Persekutuan Russia. Acara ini bertujuan untuk memupuk kefahaman mengenai isu-isu keselamatan yang membentuk dan mempengaruhi persekitaran strategik, di mana para peserta persidangan membahas agenda keselamatan global dan serantau. Antara isu-isu yang diketengahkan pada persidangan tahun ini termasuk perbincangan mengenai peranan tentera dalam situasi COVID-19, keselamatan maklumat, serta prospek kerjasama ketenteraan yang melibatkan Russia dan rakan-rakan serantau.