BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 31 May 2021 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented to award the 2021’s Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (SCRBAF) Scholarship to five recipients, who have exceptionally excelled in their examinations. 

The 2021 SCRBAF Award and Signing Ceremony was held at the Serambi Batil Hall of Tarindak D’Seni at Bandar Seri Begawan. Before the ceremony, the recipients and their respective parents had an audience with His Majesty, in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Diamond Jubilee at Brunei Arts and Handicraft Training Centre, in the capital.

Signing on behalf of the Ministry of Defence and the RBAF was Major General (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF.

Also present during the signing ceremony were the Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; members of the Defence Executive Committee; Service Commanders; Joint Force Commander; Directors; Senior officers of Ministry of Defence and RBAF; and members of the Board of the Scholarship Selection Process.

Four of this year’s awardees have completed their A-Levels from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, while one was a former student of Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, all of which will be pursuing their bachelor’s degree studies.

Awang Abdurraziq bin Abdul Aziz will pursue his education in Mechanical Engineering; Awang Richmon Lee Edward will continue his study in Dentistry / Dental Surgery; Dayangku Fathiyah Amanina @ Dayangku Hanan Syafiqah binti Pengiran Roslan will be pursuing a course in Laws with Honours (with Bar Professional Training); Dayang Nur Alya Irdina binti Awang Harun will study Counselling / Psychology; and finally Dayang Syasya Athirah binti Baharulnizam will pursue her degree in Medicine and Surgery.

The Supreme Commander’s Scholarship scheme is one of the most prestigious scholarships in the nation, with recipients going to top and renowned universities around the globe, identified by the Ministry of Defence. The scholarship aims to nurture potential young leaders to contribute in areas of defence and security with the Ministry of Defence and RBAF in particular and to Brunei Darussalam as a whole.

PENGANUGERAHAN BIASISWA PEMERINTAH TERTINGGI ABDB KEPADA LIMA PENUNTUT CEMERLANG

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Mei 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah mengurniakan titah perkenan bagi penganugerahan Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi tahun 2021 kepada lima orang penuntut cemerlang.

Majlis Penandatanganan Perjanjian dan Penganugerahan Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi tahun 2021 telah berlangsung di Dewan Serambi Batil, Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan. Sebelum majlis tersebut, acara Sembah Kenal para penerima biasiswa bersama ibu bapa mereka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berlangsung pada sebelah pagi di Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Bandar Seri Begawan bersempena dengan sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan dan ABDB ialah Mejar Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. 

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera; Pemerintah Angkatan Bersama; Pengarah-Pengarah; pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB; dan ahli-ahli Badan Proses Pemilihan Biasiswa. 

Pada tahun ini, seramai lima orang penuntut telah dianugerahkan biasiswa berprestij ini yang mana empat daripadanya merupakan lepasan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan seorang daripada Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Kelima-lima penerima tersebut akan meneruskan pengajian mereka dalam peringkat Sarjana Muda.

Awang Abdurraziq bin Abdul Aziz akan melanjutkan pengajian dalam bidang Mechanical Engineering; Awang Richmon Lee Edward akan meneruskan pengajian dalam bidang Dentistry / Dental Surgery; Dayangku Fathiyah Amanina @ Dayangku Hanan Syafiqah binti Pengiran Roslan akan melanjutkan pengajian dalam jurusan Laws with Honours bersama Bar Professional Training; Dayang Nur Alya Irdina binti Awang Harun, akan mendalami bidang Counselling / Psychology; dan tidak ketinggalan, Dayang Syasya Athirah binti Baharulnizam akan melanjutkan pengajian dalam bidang Medicine and Surgery.

Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei merupakan salah satu skim biasiswa yang berprestij di negara ini, yang mana para penerima akan berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi-institusi pengajian berprestij di luar negara yang dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan. Antara lain, skim biasiswa ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin muda cemerlang yang akan menyumbang kepada pembangunan pertahanan negara dan sekuriti, dan kepada negara Brunei Darussalam secara amnya.