BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 30 May 2021 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office attended a thanksgiving ceremony in conjunction with the Diamond Jubilee of the establishment of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The thanksgiving ceremony was held at Sultan Omar Ali Saifuddien Mosque, Bandar Seri Begawan.
Accompanying His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah was His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Upon arrival, His Royal Highness was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Minister of Defence II; and Major General (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF.
Present as special guests were Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Minister at the Prime Minister’s Office; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Minister at the Prime Minister’s Office and Second Minister of Finance and Economy; Yang Berhormat Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports. Also in attendance were Permanent Secretaries at the Prime Minister’s Office; the Deputy Commissioner of the Royal Brunei Police Force; as well as former Deputy Ministers of Defence and former RBAF Commanders.
Also present were Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Service Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Commandants as well as officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony began with the recital of the Al-Qur’an, from Surah Al-Anfal verse 60 to 63 which was read by Private Mohd Zainul Arifin bin Haji Haminuddin.
The ceremony then continued with the congregational Maghrib prayer, a mass reading of the Surah Yaasin and Tahlil, Doa Kesyukuran and congregational Isyak prayer was led by Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.
The ceremony was followed by a banquet (Majlis Santap Malam) at Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, which was preceded by a group photograph session and the signing of the commemorative parchment.
In addition, similar events of the Doa Kesyukuran were also held simultaneously at Pekan Seria Mosque in Belait District; Haji Abdul Azim Mosque, Kampung Luagan Dudok in Tutong District; and Kampung Perpindahan Rataie National Housing Scheme Mosque in Temburong District as well as in all suraus of the RBAF Garrisons and camps.
Meanwhile, the grand celebration of the RBAF Diamond Jubilee will be held on 31st May 2021 at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. The theme for this year’s celebration is ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’.





DYTM PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 30 Mei 2021 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis Doa Kesyukuran tersebut berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Mengiringi keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Menteri Pertahanan Kedua (II); dan Mejar Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB.
Antara jemputan-jemputan khas yang hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II (Kedua); Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Juga hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri; Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; dan mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan serta mantan-mantan Pemerintah ABDB.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an dari Surah Al-Anfal ayat 60 sehingga 63 yang dibacakan oleh Soldadu Mohd Zainul Arifin bin Haji Haminuddin.
Majlis kemudian diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan surah Yaa Sin dan Tahlil, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah diimamkan dan dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.
Acara kemudiannya disusuli dengan Majlis Santap Malam di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang didahului dengan sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan.
Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Intan ABDB ini juga diadakan serentak di Masjid Pekan Seria, Daerah Belait; Masjid Haji Abdul Azim, Kampung Luagan Dudok, Daerah Tutong; dan Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Daerah Temburong termasuk semua surau-surau garison dan perkhemahan ABDB.
Upacara kemuncak sambutan Jubli Intan ini akan diadakan pada 31 Mei 2021 di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien. Tema pada tahun ini ialah ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’.