TUTONG, Tuesday, 4 May 2021 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) hosted Iftar with former Commanding Officers (COs) and Regiment Sergeant Major (RSM) at Ar-Rizqi Cookhouse, Tutong Camp.
Present at the function was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II. Also present were 16 former COs and 11 former RSM.
The function started with a group photo session and followed by the recitation of Surah Yasin and Tahlil at Surau Pengiran Ratna Indera led by Corporal Md Hafiy bin Ariffin from the Religious Department, Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT), Iftar and mass Fardu Maghrib prayers.
It then continued with dinner and presentation of souvenirs to the former COs and RSM by Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of RBLF 2Bn. This was concluded with Fardu Isya’, Sunat Tarawih, and Witir prayers and Tadarus Al-Quran.
This is an annual activity for the 2Bn RBLF that takes place during the month of Ramadhan to honor and commemorate the contributions of former COs and RSMs as well as to strengthen the bond among 2Bn RBLF personnel.



TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN
TUTONG, Selasa, 4 Mei 2021 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen bertempat di Rumah Masak Ar-Rizqi, 2Bn TDDB.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir ialah 16 mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan 11 Sarjan Mejar Rejimen.
Majlis ini didahului dengan sesi bergambar ramai diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil di Surau Pengiran Ratna Indera yang diketuai oleh Korporal Md Hafiy bin Ariffin daripada Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT), berbuka puasa dan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah.
Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan penyampaian cenderahati kepada mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen oleh Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Memerintah 2Bn TDDB. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Sunat Terawih dan Witir dan tadarus Al-Quran.
Majlis ini merupakan aktiviti tahunan 2Bn TDDB yang dilaksanakan pada setiap bulan Ramadhan bagi menghargai dan memperingati jasa bakti mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama dengan anggota 2Bn TDDB.