PENANJONG GARRISON, Thursday, 22 April 2021– The Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) hosted an Iftar with former TI RBAF Commandants and Commanding Officers at the Officers’ Mess, Penanjong Garrison. 

Present at the function were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, Yang Berhormat Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports, and other former Commandants and Commanding Officers of TI RBAF.

The function started with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Captain Ayza Azrine bin Ayahani from the RBAF Religious Department (JAMA’AT), followed by Iftar and mass Maghrib prayers. This was followed by a group photo session, dinner and memento presentations to the guests by Colonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Commandant TI RBAF.

The function then proceeded at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, where the congregation performed Fardu Isya’, Sunat Tarawih, and Witir prayers which concluded with Tadarus Al-Quran.

The Iftar function, held annually, provides an opportunity for TI RBAF to strengthen relationships with its former Commandants and Commanding Officers and celebrate and reap the benefits of the blessed month of Ramadan.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN KOMANDAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI PEMERINTAH INSTITUT LATIHAN, ABDB BAGI TAHUN 1442H / 2021M

PENANJONG GARISON, Khamis, 22 April 2021 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama mantan-mantan Komandan dan Pegawai-Pegawai Pemerintah IL ABDB bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison. 

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, serta mantan-mantan komandan dan pegawai-pegawai pemerintah IL ABDB.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang diketuai oleh Kapten Ayza Azrine bin Ayahani, pegawai Jabatan Agama (JAMA’AT) ABDB, diikuti dengan berbuka puasa dan solat fardu Maghrib berjemaah. Ini diikuti dengan sesi bergambar ramai, jamuan makan malam dan penyampaian cenderahati kepada jemputan-jemputan khas oleh Kolonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. 

Majlis kemudian dilanjutkan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison di mana para tetamu telah menunaikan solat fardu Isya’ berjemaah, solat sunat Tarawih dan Witir dan diakhiri dengan tadarus Al-Quran. 

Majlis berbuka puasa adalah salah satu acara yang disusun setiap tahun yang memberi peluang bagi IL ABDB untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah institusi persahabatan mantan-mantan Komandan dan Pegawai-Pegawai Pemerintah serta meraikan dan menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan yang penuh keberkatan.