MUARA, Thursday, 1 April 2021 – The Directorate of Defence Policy kick-started the first Study Day session for 2021 this morning at Nakhoda Hall, Naval Training Centre, Muara.

The event was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Commandants and senior officers of the Ministry of Defence and RBAF.

In his closing remarks, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander RBAF, highlighted the importance of awareness among officers, whether in policy or operations, on topics of interest regarding regional and international developments related to the defence and military sectors. With Brunei Darussalam taking on the ASEAN Chair’s position for 2021, the importance of having a thorough understanding of the strategic environment is even more critical.

Organised with the intent to educate and inform officers in various levels on a spectrum of topics of interest in the defence and security sectors, the Study Day continues to be a relevant platform for interactions and engagement between and among the services, directorates and units from both the military and civilian components of the Ministry of Defence and RBAF.






JABATANARAH DASAR PERTAHANAN MENGHOSKAN HARI PENGAJIAN

MUARA, Khamis, 1 April 2021 – Jabatanarah Dasar Pertahanan telah menganjurkan sesi Hari Pengajian yang pertama bagi tahun 2021 di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut, Muara.

Acara berkenaan dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Dalam ucapan penutup, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB menekankan kepentingan kesedaran di kalangan pegawai, sama ada dalam dasar atau operasi, akan topik-topik menarik mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan sektor pertahanan dan ketenteraan. Keperluan untuk memahami persekitaran strategik dengan mendalam semakin ditekankan semasa Negara Brunei Darussalam mengambil peranan sebagai Pengerusi ASEAN tahun 2021.

Hari Pengajian ini dikendalikan dengan tujuan untuk mendidik dan memberi maklumat di pelbagai peringkat dalam pelbagai isu berkepentingan kepada sektor pertahanan dan ketenteraan. Ianya akan terus menjadi landasan relevan bagi interaksi dan hubungan antara angkatan tentera, jabatanarah dan unit dari komponen tentera dan awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.