BOLKIAH GARRISON, Sunday, 28 March 2021 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a religious function to mark Nisfu Sya’ban for 1442 Hijrah at Ad-Difa’ Surau, Bolkiah Garrison tonight.
Present was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II.
Also present were Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, officers and staff of the Ministry of Defence as well as RBAF.
The function began with a mass maghrib prayer led by Imam Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam of Ad-Difa’ Surau. Next, the function continued with three recitations of Surah Yasin and a special doa to mark Nisfu Sya’ban. The function concluded with a mass Isya’ prayer.
Similar functions were also held at all suraus in the RBAF garrisons, camps and bases.


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENYAMBUT NISFU SYA’BAN 1442 HIJRAH
BOLKIAH GARISON, Ahad, 28 Mac 2021 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Malam Nisfu Sya’ban 1442 Hijrah bertempat di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison malam ini.
Hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.
Turut hadir ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pegawai-Pegawai Tentera dan Awam serta Kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis bermula dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dipimpin oleh Imam Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali beramai-ramai berserta doa khas Malam Nisfu Sya’ban. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.
Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB.