BOLKIAH GARRISON, Thursday, 25 March 2021 – The Ministry of Defence, in collaboration with the Health Promotion Centre, Ministry of Health and Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC), has conducted a health screening as part of a Workplace and Health (WAH) Programme for civil servants at the Ministry of Defence.

The health screening was held from 24 to 25 March 2021 at the Medical Reception Station (MRS), Bolkiah Garrison.

The WAH programme is a Public – Private Partnership (PPP) joint venture programme aimed at encouraging the workplace to provide an environment that supports employees to be more active, eat healthy, be smoke-free and have good mental well-being. It aims to strengthen the Workplace Health Promotion Programme (WHPP) in all Ministries by the end of 2021.

The WAH programme includes several components such as screening sessions and physical health monitoring, specifically blood pressure monitoring and Body Mass Index (BMI) and free weekly group workout sessions organised by appointed fitness vendors.

WARGA AWAM KEMENTERIAN PERTAHAHAN SERTAI PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PROGRAM ‘WORKPLACE AND HEALTH’

BOLKIAH GARISON, Khamis, 25 Mac 2021 – Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah mengendalikan pemeriksaan kesihatan, Program Workplace and Health (WAH) bagi warga awam Kementerian Pertahanan.

Pemeriksaan kesihatan telah diadakan dari 24 hingga 25 Mac 2021 di Bangunan Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan (MRS), Bolkiah Garison.

Program WAH merupakan program usahasama Public – Private Partnership (PPP) bagi menggalakkan tempat kerja untuk menyediakan persekitaran yang menyokong pekerja untuk lebih aktif, mengamalkan pemakanan yang sihat, bebas dari rokok dan mempunyai kesejahteraan mental yang baik. Ianya bertujuan untuk mengukuhkan program gaya hidup sihat di tempat kerja, iaitu ‘Workplace Health Promotion Programme’ (WHPP) di semua Kementerian menjelang akhir tahun 2021.

Program WAH ini merangkumi beberapa komponen seperti sesi pemeriksaan dan pemantauan kesihatan fizikal, khususnya bagi pemantauan tekanan darah dan Indeks Jisim Badan (BMI) serta sesi senaman berkumpulan selepas waktu bekerja secara percuma setiap minggu yang dianjurkan oleh studio kecergasan yang telah dilantik.