BERAKAS, Wednesday, 10 March 2021 – The 11th ASEAN Military Operations Meeting (11th AMOM) convened virtually today at the Brunei Darussalam International Convention Centre (ICC), Berakas. The meeting was chaired by Brigadier General Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Joint Force Commander.
The 11th AMOM discussed regional security issues and ways to enhance future military cooperation among ASEAN member states. During the meeting, the head of delegates exchanged views on current security issues and presented a two-year activity work plan for ASEAN militaries for 2021-2022, which will be submitted during the 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces Meeting (18th ACDFM).
The meeting concluded with the official handover of the AMOM Chairmanship to Mr Yen Samnang, Second Secretary at the Royal Embassy of Cambodia, representing the Royal Cambodian Armed Forces.


MESYUARAT OPERASI KETENTERAAN ASEAN KE-11 (AMOM KE-11) BERSIDANG SECARA ATAS TALIAN
BERAKAS, Rabu, 10 Mac 2021 – Mesyuarat Operasi Ketenteraan Pertubuhan ASEAN ke-11 (AMOM ke-11) telah bersidang secara atas talian hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Brigedier Jeneral Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB.
AMOM ke-11 membincangkan isu-isu keselamatan serantau dan cara-cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan pada masa depan di antara negara-negara anggota ASEAN. Semasa mesyuarat itu, para ketua delegasi telah bertukar pandangan mengenai isu keselamatan semasa dan membentangkan rancangan kerja aktiviti dua tahun bagi tentera ASEAN untuk 2021-2022 yang akan dikemukakan semasa Mesyuarat Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN ke-18 (ACDFM ke-18).
Mesyuarat diakhiri dengan penyerahan rasmi Pengerusi AMOM kepada Yen Samnang, Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Kemboja, yang mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja.