BOLKIAH GARRISON, Friday, 26 February 2021 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), convened a video conference with
Lieutenant General Dato Paduka Seri Melvyn Ong, Chief of Defence
Force, Singapore Armed Forces (SAF) to prepare for the upcoming 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM-18).
Also present were the RBAF Chief of Staff, Director of Intelligence and Head of Secretariat of the ACDFM-18.
During the call,
the RBAF Commander expressed his appreciation for the support accorded by the SAF for this year’s ACDFM hosted by the RBAF. As Chairman of ACDFM-18,
the RBAF Commander also discussed on deliverables and the initiatives proposed by the RBAF during the upcoming ACDFM-18 that will be held on 18 March 2021.
Both sides also acknowledged the long-standing and close bilateral military-to-military relationship between
the RBAF and SAF that has been elevated through regular interactions which include professional exchanges, visits, trainings, courses and bilateral exercises. Such frequent interactions have enhanced the mutual trust and respect between both armed forces and further enhanced bilateral cooperation, while building towards a resilient and future-ready ASEAN.
This video conference represents a series of video conferences that will take place with all ASEAN
member states in preparation for the upcoming ACDFM-18.

PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN PERJUMPAAN ATAS TALIAN BERSAMA KETUA TURUS PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 26 Februari 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan perjumpaan atas talian bersama Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Melvyn Ong, Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) sebagai persiapan bagi Mesyuarat
18th ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM-18).
Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB, Pengarah Perisikan dan Ketua Sekretariat Mesyuarat
ACDFM-18.
Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah ABDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang diberikan oleh ABRS bagi acara
ACDFM pada tahun ini yang akan dipengerusikan oleh ABDB. Selaku Pengerusi
ACDFM-18, Pemerintah ABDB juga telah membincangkan mengenai penyampaian serta inisiatif yang dicadangkan oleh ABDB semasa Mesyuarat
ACDFM-18 yang akan diadakan pada 18 Mac 2021.
Kedua belah pihak juga memuji hubungan ketenteraan yang rapat dan lama terjalin di antara ABDB dan ABRS yang telah diperkembangkan melalui pelbagai interaksi termasuk pertukaran profesional, lawatan-lawatan, latihan dan kursus serta eksesais dua hala. Interaksi-interaksi sedemikian telah mempertingkatkan rasa saling percaya dan hormat di antara ABDB dan ABRS, serta memperkukuhkan kerjasama dua hala,
di samping mengembangluaskannya ke arah ASEAN yang berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan.
Persidangan video ini merupakan perjumpaan atas talian yang akan diadakan dengan negara-negara ASEAN yang lain sebagai persediaan untuk Mesyuarat
ACDFM-18 yang akan datang.