BOLKIAH GARRISON, Thursday, 11 February 2021 – A Doa Selamat ceremony was held for four Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel who will be deployed as members of the third Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) in Mindanao, Republic of the Philippines at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this afternoon.
Present at the ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, and Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of RBAF.
Also present were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Commandants, senior officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Yaasin and Doa Selamat led by Imam Zulfadly bin Haji Awang and concluded with mass Asar prayers and group photo session.
483 Lieutenant Colonel Mohammed Shalleh bin Haji Ismail, as the Leader of Brunei Darussalam’s contingent in joining the IDB VMAT, expressed his appreciation for the opportunity given to enhance his knowledge and experience in carrying out the new roles and responsibilities in Mindanao, together with other military and civilian officials from partner countries.
RBAF started deploying its personnel as VMAT IDB members since 2019.

MAJLIS DOA SELAMAT BAGI PEMERGIAN EMPAT ANGGOTA INDEPENDENT DECOMMISSIONING BODY VERIFICATION, MONITORING AND ASSISTANCE TEAM (IDB VMAT) KE-3 DI MINDANAO, REPUBLIK FILIPINA
BOLKIAH GARISON, Khamis, 11 Februari 2021 – Majlis Doa Selamat bagi pemergian empat anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sebagai ahli Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) ke-3 di Mindanao, Republik Filipina telah diadakan di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison pada petang ini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, dan Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB.
Turut hadir ialah Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah – Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, Komandan-komandan, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Acara majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Yaasin dan doa selamat yang diketuai oleh Imam Zulfadly bin Haji Awang dan diakhiri dengan sembahyang Asar berjemaah dan sesi bergambar ramai.
483 Leftenan Kolonel Mohammed Shalleh bin Haji Ismail, selaku Ketua Kontingen Negara Brunei Darussalam untuk menyertai IDB VMAT, merakamkan rasa penghargaan ke atas peluang yang diberikan untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas dalam menjalankan tugas baru yang diamanahkan di Mindanao disamping pegawai-pegawai tentera dan awam dari negara-negara sahabat.
IDB VMAT adalah merupakan satu langkah hala tuju dalam proses keamanan di Mindanao, Republik Filipina untuk mengawasi proses perlucutan pasukan dan senjata Moro Islamic Liberation Front (MILF). IDB VMAT ini terdiri daripada pakar-pakar perwakilan luar negeri daripada Negara Brunei Darussalam, Turki, Norway serta wakil-wakil daripada Kerajaan Filipina, MILF dan National Staff.
ABDB mula menghantar anggotanya sebagai ahli IDB VMAT sejak tahun 2019.