BOLKIAH GARRISON, Monday, 18 January 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (R) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, received a courtesy call from Ms. Emily M. Fleckner, Chargé d’Affaires at the United States Embassy in Brunei Darussalam at the Ministry of Defence this afternoon.

During the call, both sides affirmed the friendly relations between the two countries and the robust bilateral cooperation notably in the areas of defence and military cooperation. Both sides were also pleased at the progress on defence and military engagements that have taken place despite the outbreak of COVID-19 pandemic, and expressed hope for enhanced cooperation as Brunei Darussalam takes on the role as ASEAN Chair for 2021.

Ms. Emily M. Fleckner has taken the role as Chargé d’Affaires at the United States Embassy in Brunei Darussalam since August 2020.

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI PERTAHANAN KEDUA DARIPADA KUASA USAHA DI KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 18 Januari 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Emily M. Fleckner, Kuasa Usaha di Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam, pada petang tadi.

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua belah pihak telah mengesahkan hubungan mesra yang terjalin di antara kedua-dua buah negara dan kerjasama yang sangat baik terutamanya dalam bidang pertahanan dan ketenteraan. Kedua belah pihak juga berpuas hati dengan perkembangan kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang terus berjalan meskipun dengan wabak COVID-19, dan menyatakan harapan untuk mengukuhkan kerjasama dengan peranan Negara Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2021. 

Puan Emily M. Fleckner telah mengambil alih jawatan sebagai Kuasa Usaha di Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam sejak Ogos 2020.