BOLKIAH GARRISON, Thursday, 14 January 2021 – A thanksgiving prayer ceremony for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 16th International Monitoring Team – Mindanao (IMT-M16) contingent and Brunei Contingent under Malaysian Battalion (MALBATT) 850-7 for United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) took place at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison today.
Present at the ceremomy were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of RBAF, Pengiran Dato Seri Pahlawan Pengiran Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid, Deputy Commissioner of Royal Brunei Police Force (RBPF) and Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
Also present were Service Commanders and Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, military and civilian Directors, senior officials and staff of the Ministry of Defence and RBAF.
Brunei Darussalam’s IMT-M16 contingent led by Lieutenant Colonel Abdul Mutalip bin Bujang comprising seven RBAF personnel and an officer from the RBPF has safely returned to Brunei Darussalam on 17th November 2020 after completing their mission in Mindanao, the Republic of the Philippines.
Meanwhile, Brunei contingent MALBATT 850-7 under Major Mohd Hishamuddin bin Haji Marzoki returned home on 4th December 2020. Both contingents had served more than the 12 months cycle due to the current COVID-19 pandemic situation.
The ceremony began with the recitation of verses from the Al-Quran, followed by Dikir Marhaban, thanksgiving Doa, and mass Asar prayer led by Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa’.




MAJLIS DOA KESYUKURAN PASUKAN PEMANTAU ANTARABANGSA KE-16 DAN KONTINJEN BRUNEI MALBATT 850-7
BOLKIAH GARISON, Khamis, 14 Januari 2021 – Majlis Doa Kesyukuran untuk Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-16 bagi Pasukan Pemantau Antarabangsa – Mindanao (PPA-M16) dan Kontinjen Brunei di bawah Batalion Malaysia (MALBATT) 850-7 untuk United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) telah diadakan di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison pada hari ini.
Hadir pada majlis itu ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, Pengiran Dato Seri Pahlawan Pengiran Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid, Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah Tentera dan Awam, pegawai-pegawai kanan serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Kontinjen IMT-M16 Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Abdul Mutalip bin Bujang bersama tujuh orang anggota ABDB dan seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah selamat kembali ke Negara Brunei Darussalam pada 17 November 2020 setelah selesai menjalankan misi mereka di Mindanao, Republik Filipina. Sementara itu, Kontinjen Brunei MALBATT 850-7 di bawah Ketua Kontinjen Mejar Mohd Hishamuddin bin Haji Marzoki telah pulang ke tanah air pada 4 Disember 2020. Kedua-dua kontinjen telah berkhidmat lebih dari 12 bulan disebabkan keadaan pandemik COVID-19 pada ketika ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan Dikir Marhaban, doa kesyukuran dan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah dipimpin oleh Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’.