Message by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (R) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof Second Minister of Defence In conjunction with the New Year 2021

With great pleasure and sincerity, I would like to wish everyone in the Ministry of Defence (MINDEF) and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) a Happy New Year 2021.

The Ministry of Defence expressed its highest appreciation and upholds His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam New Year 2021 titah.

This year is a significant year for us on both the National and Ministerial Level. Not only will Brunei Darussalam host ASEAN 2021, MINDEF and RBAF will also play an important role in ensuring all Defence Sectors Meetings will contribute to a progressive and conducive Defence Diplomacy and continuous peaceful environment together, celebrate RBAF’s 60th Anniversary and the release of the 4th Defence White Paper.

With prayers to Allah the Almighty, and His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s benevolence, wisdom, leadership and care as well as cooperation and dedication by all, Insya-Allah we will succeed in carrying out the responsibility entrusted in realising the national plan to achieve Wawasan Brunei 2035.


***************


Ucapan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof Menteri Pertahanan Kedua Sempena Tahun Baru 2021 Masehi

Saya, dengan amat berbesar hati dan perasaan tulus ikhlas, mengucapkan Selamat Menyambut Awal Tahun Baru 2021 Masehi kepada semua warga Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Kementerian Pertahanan menjunjung kasih setinggi-tingginya dan mendokong Titah Perutusan Tahun Baru 2021 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Tahun ini merupakan tahun yang penting di Peringkat Nasional dan juga Kementerian. Selain Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah ASEAN 2021, KEMENTAH dan ABDB juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan Mesyuarat Sektor Pertahanan akan menyumbang kepada Diplomasi Pertahanan yang progresif dan kondusif serta persekitaran yang aman damai secara berterusan bersama, menyambut Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-60 dan pengeluaran Kertas Putih Pertahanan ke-4.

Berbekalkan doa ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala dan berkat daulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kebijaksanaan, kepimpinan dan keprihatinan Baginda serta kerjasama dan kerja keras kita semua, Insya-Allah kita akan berjaya melaksanakan amanah juga dalam merealisasikan perancangan negara mencapai Wawasan Brunei 2035.