BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 22 December 2020 – Thirty Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel who were part of the Malaysian Battalion 850-7, returned safely to Brunei Darussalam on 4 December 2020, after a 13-month of deployment under the United Nations Interim Forces (UNIFIL) peacekeeping mission.

The Brunei contingent, headed by Major Mohd Hishamuddin bin Haji Marzoki, was welcomed by Brigadier General Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Joint Force Commander, in a welcoming home ceremony at the Multi-Purpose Hall, Bolkiah Garrison today.

Also present were Deputy Permanent Secretary and Acting Deputy Permanent Secretary Ministry of Defence, RBAF Chief of Staff, Directors, Deputy Service Commanders and Commandants, Senior Officers, and officers of the Ministry of Defence and RBAF, as well as representatives from the Malaysian High Commission.

The event started with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat followed by a detachment of badges and a photo session.

Prior to their return, the RBAF personnel were awarded medals of National Service of the United Nations, presented by General Tan Sri Dato Sri Haji Affendi bin Buang, Chief of the Defence Forces Malaysia at the Army Basic Training Centre, Port Dickson, Negeri Sembilan on 3rd December 2020. This medal marks the success of MALBATT 850-7 contingent in the UNIFIL mission and the official handover of their duties to MALBATT 850-8.

The return of the RBAF personnel has glorified the name of Brunei Darussalam, especially on the international stage and will be recorded again in the historical fold of the story of sacrifice, contribution and service in carrying out responsibilities to the country.




30 ANGGOTA KONTINJEN UNIFIL SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

BOLKIAH GARISON, Selasa, 22 Disember 2020 – Seramai 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di bawah Batalion Malaysia 850-7, telah kembali ke Negara Brunei Darussalam pada 4 Disember 2020, setelah penempatan selama 13 bulan di bawah misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).

Kontingen diketuai oleh Mejar Mohd Hishamuddin bin Haji Marzoki, telah disambut oleh Brigedier Jeneral Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, diadakan di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Ketua Staf ABDB, pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB, serta para perwakilan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan pembukaan lencana dan sesi bergambar ramai.

Sebelum kepulangan mereka, anggota-anggota ABDB telah menerima Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu yang disampaikan oleh Tan Sri Dato Sri Haji Affendi bin Buang, Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 3 Disember 2020. Pingat ini menandakan kejayaan kontinjen MALBATT 850-7 dalam misi UNIFIL dan penyerahan tugas secara rasmi kepada MALBATT 850-8.

Kepulangan anggota ABDB telah mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam, terutama di pentas antarabangsa dan akan dicatatkan lagi dalam lipatan sejarah kisah pengorbanan, sumbangan dan jasa dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara.