TANAH JAMBU, Monday, 14 December 2020 – A retreat session was held today as part of the Serving Scholars Outreach Programme 2020 in the presence of Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.
The morning programme featured a keynote address by the Second Minister of Defence, in which he underscored the importance of giving back to the organisation and country.
This was followed by an interactive dialogue session that involved a total of 50 recipients of the Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces Scholarship and the Royal Brunei Armed Forces Scholarship that are currently in service with the Ministry of Defence and RBAF. The dialogue serves as an avenue in fostering constructive discussions and sharing of experiences on a range of issues, including duty and leadership, as part of the wider goal in enhancing the defence contribution to the nation’s development.
Also in attendance during the morning’s dialogue session were Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary, Ministry of Defence, as well as Deputy Permanent Secretary and Acting Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Defence.
Further interaction engagements were organised in the afternoon via a jungle trekking session and in the presence of the Second Minister of Defence, Permanent Secretary of Defence, Service Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretary and Acting Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Defence alongside the serving scholars.
A tree planting ceremony was also held to commemorate the Retreat. The Second Minister of Defence and the Permanent Secretary of Defence graced the event, and were joined by five representatives from the serving scholars to plant a total of seven trees altogether. The seven trees planted represented the acronym IKWONDAMAI, an acronym which encompassed the seven key result areas which the Second Minister of Defence emphasised on during the 14th Legislative Council session.
The Programme serves as a valuable engagement opportunity in encouraging continuous dialogue and interactions between senior defence leadership and serving scholars.






SERVING SCHOLARS OUTREACH PROGRAMME 2020 BERSAMA MENTERI PERTAHANAN KEDUA
TANAH JAMBU, Isnin, 14 Disember 2020 – Sebuah Sesi Retreat telah diadakan hari ini bagi Serving Scholars Outreach Programme bersama Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.
Program bermula di sebelah pagi dengan ucapan keynote oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua di mana Yang Berhormat telah menggariskan kepentingan untuk berkhidmat dan menyumbang balik kepada organisasi dan negara.
Ini diikuti dengan sesi dialog interaktif bersama 50 orang penerima biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan biasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan dan ABDB. Dialog berkenaan merupakan sebuah platform untuk memupuk perbincangan yang konstruktif serta perkongsian pengalaman dalam pelbagai isu, termasuk tugas (duty) dan kepimpinan, ke arah menambahbaik sumbangan pertahanan kepada pembangunan negara.
Turut hadir semasa sesi dialog ialah Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Pada sebelah petang, sesi interaksi diteruskan dengan aktiviti jungle trekking yang dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua, Setiausaha Tetap, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di samping para penerima biasiswa yang sedang berkhidmat.
Satu upacara menanam pokok juga telah berlangsung bagi memperingati Retreat tersebut. Turut serta semasa upacara penanaman pokok tersebut ialah Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, beserta lima orang penerima biasiswa bagi mewakili para penerima biasiswa yang sedang berkhidmat. Sejumlah tujuh pokok telah ditanam yang melambangkan akronim IKWONDAMAI yang telah diberigakan oleh Menteri Pertahanan Kedua semasa Majlis Mesyuarat Negara ke-14.
Program berkenaan bertujuan untuk menggalakkan dialog dan interaksi yang berterusan di antara kepimpinan pertahanan dan para penerima biasiswa yang sedang berkhidmat.