MUARA, Wednesday, 9 December 2020 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to award the Royal Brunei Navy (RBN) Command Badge to Chief of Navy, Republic of Singapore Navy (RSN), Rear Admiral Aaron Beng Yao Cheng in recognition and appreciation for his service in enhancing the relations between RBN and RSN.

The award was presented by First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @Suhaily, Commander of RBN.

Whilst in Brunei Darussalam, he also paid an introductory call to Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, Commander of RBAF and Commander of RBN.

During the introductory call to Commander of RBN, he expressed his satisfaction for the close military cooperation between the two navy and hoped this would be further strengthened in the near future.

PANGLIMA ANGKATAN LAUT REPUBLIK SINGAPURA DIANUGERAH LENCANA PERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

MUARA, Rabu, 9 Disember 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan bagi penganugerahan Lencana Perintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kepada Panglima Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), Laksamana Muda Aaron Beng Yao Cheng sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi hubungan di antara TLDB dan TLRS.

Penganugerahan Lencana Perintah TLDB telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei.

Semasa berada di Negara Brunei Darussalam, beliau juga mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Pemerintah ABDB dan Pemerintah TLDB.

Semasa kunjungan perkenalan kepada Pemerintah TLDB, beliau telah merakamkan rasa puas hati atas kerjasama ketenteraan yang sangat erat diantara TLDB dan TLRS dan berharap ini akan dapat terus diperkukuhkan lagi di masa akan datang.