
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 10 April 2024 – The excitement of welcoming the arrival of 1st Syawal 1445 Hijrah / 2024 Masehi in celebrating Hari Raya Aidilfitri can be felt with the resounding
Takbir Hari Raya echoing in all mosques,
suraus, and religious halls nationwide in Brunei Darussalam.
The Ministry of Defence also held Takbir Raya Aidilfitri event at Ad-Difa’
Surau, Bolkiah Garrison this evening with similar events held simultaneously at all Royal Brunei Armed Forces (RBAF)
suraus including at Pulau Baru-Baru Mosque.
Present at Ad-Difa’
Surau were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Acting Joint Force Commander, Deputy Services Commanders, senior leadership, officers and personnel of the Ministry of Defence.
The event began with a mass Fardhu Isyak prayer led by Imam Khairol Azmi bin Hj Salleh, Imam of Ad-Difa’
Surau Bolkiah Garrison. The event continued with a
Tazkirah titled ‘Kelebihan Menghidupkan Malam Hari Raya Aidilfitri’ presented by Ustaz Mohammad Nur Amin bin Awang Hj Jali, a religious teacher from RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), followed by Takbir Raya, recital of a special zikr and concluded with
Doa ‘Allah Peliharakan Sultan’ and Negara Brunei Darussalam.
Muslims are highly encouraged to enliven the nights of Hari Raya by glorifying and magnifying Allah Subhanahu wa Ta’ala as a sign of gratitude after fasting for a full month in Ramadan. This is done through performing acts of worship such as reciting takbir, supplicating, engaging in night
Qiyamulail, performing mass Ishak prayer, praying
Tahajjud, reciting the Al-Qur’an, engaging in dhikr, and other forms of worship. The objective is to attain inner strength during crucial moments in life and to seek the mercy of Allah.

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Sungai Akar

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN TAKBIR RAYA AIDILFITRI
1445 HIJRAH /2024 MASEHI
BOLKIAH GARISON, RABU, 10 April 2024 – Kemeriahan menyambut kedatangan 1 Syawal 1445 Hijrah / 2024 Masehi dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri dirasakan dengan gema takbir Hari Raya yang berkumandang di seluruh masjid, surau, dan balai ibadah di Negara Brunei Darussalam.
Kementerian Pertahanan turut mengadakan acara Takbir Hari Raya Aidilfitri di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison pada malam ini dengan acara serupa diadakan serentak di semua surau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.
Hadir
di Surau Ad-Difa’ ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama; Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera; peringkat kepimpinan dan pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah dipimpin oleh Imam Khairol Azmi bin Hj Salleh, Imam Surau Ad-Difa’. Majlis kemudian diteruskan dengan sebuah tazkirah bertajuk ‘Kelebihan Menghidupkan Malam Hari Raya Aidilfitri’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Nur Amin bin Awang Hj Jali, Guru Ugama di Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) diikuti dengan laungan Takbir Raya, bacaan zikir khas dan diakhiri dengan doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Umat Islam sangat dianjurkan untuk menghidupkan malam-malam hari raya dengan mengagungkan dan membesarkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai tanda kesyukuran setelah berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan. Ini dilakukan dengan amalan-amalan seperti bertakbir, berdoa, Qiyamulail, solat Isyak berjamaah, solat Tahajjud, membaca Al-Qur’an, berzikir, dan ibadah lainnya. Tujuannya adalah untuk mendapatkan keteguhan hati di saat-saat penting dalam kehidupan dan meraih redha Allah.