BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 31 July 2023 – Brunei Darussalam’s national flag that was hoisted on 1 July 2023 has been lowered down at the vicinity of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, marking the conclusion of the 77th birthday celebrations of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.


The lowering of the giant national flag was officiated by Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Deputy Minister at the Prime Minister’s Office. The ceremony was also attended by the Acting Permanent Secretary, Royal Brunei Armed Forces’ Service Commanders. Deputy Permanent Secretaries, officers and staff of the Ministry of Defence.

The national flag was lowered by 20 personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) led by Lieutenant Junior Grade Muhammad Faez bin Hj Ahat, RBN. The entire proceeding was accompanied by the National Anthem, ‘Allah Peliharakan Sultan,’ and concluded with the recitation of Doa Selamat.
ACARA PENURUNAN BENDERA BESAR SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 77 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Julai 2023 – Bendera besar Negara Brunei Darussalam yang telah dinaikkan pada 1 Julai 2023 telah diturunkan di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera kebangsaan di seluruh negara sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77. 

Penurunan bendera besar telah dirasmikan oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan. 

Penurunan bendera kebangsaan telah dilaksanakan oleh 20 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Muhammad Faez bin Hj Ahat, TLDB diiringi oleh Lagu Kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.