
BOLKIAH GARRISON, Monday, 24 July 2023 – The Ministry of Defence of Brunei Darussalam and the Ministry of Defence of the Republic of France conducted the 14th Joint Defence Working Committee (JDWC)meeting today.
The meeting was co-chaired by Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy), Ministry of Defence Brunei Darussalam and Brigadier General (Armament Corps) Caroline Salahun, Director for Asia and Pacific, Directorate for International Development (DI) Direction Gênêrale de I’Armement (DGA), France Ministry of Defence, Republic of France. Also, in attendance were senior defence and military officials from both countries.
During the meeting, both sides reaffirmed the warm and growing bilateral defence relationship and discussed matters in enhancing cooperation with one another in areas of mutual interest, including in defence capability development and training.
The establishment of the JDWC was part of the scope identified under the Brunei Darussalam and the Republic of France Memorandum of Understanding Concerning Cooperation in Defence Matters and in Defence Equipment signed on 25 February 1999 in Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.




NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK PERANCIS MELANGSUNGKAN MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA KALI KE 14
BOLKIAH GARISON, Isnin, 24 Julai 2023 – Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan, Republik Perancis hari ini mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama kali ke-14.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi) Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Brigedier Jeneral (Armament Corps) Caroline Salahun, Pengarah bagi Asia dan Pasifik, Directorate of International Development (DI), Direction Generale de l’ Armament Directorate (DGA), Kementerian Pertahanan Perancis, Republik Perancis. Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah pegawai-pegawai kanan pertahanan dan tentera dari kedua-dua negara.
Semasa mesyuarat, kedua-dua pihak mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala yang erat dan semakin berkembang serta membincangkan ke arah meningkatkan kerjasama ketenteraan antara satu sama lain dalam bidang kepentingan bersama, termasuk dalam perkembangan keupayaan pertahanan dan latihan.
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Perancis adalah sebahagian dari skop kerjasama di bawah Perjanjian Persefahaman Mengenai Kerjasama Bidang-Bidang dan Kelengkapan Pertahanan yang ditandatangani antara kedua-dua negara pada 25 Februari 1999 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.