
BELAIT DISTRICT, Saturday, 22 July 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to attend a Get-Together with citizens and residents of the Belait District in conjunction with His Majesty’s 77TH Birthday celebrations whereby several segment of performances and exhibitions offered by the Ministry of Defence.
Upon His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s arrival, the National Anthem ‘Allah Peliharakan Sultan’ sang by the citizens and residents of the Belait District led by the Royal Brunei Armed Forces Band to mark the commencement of the event and followed by a Special Performance.
His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family consented to a meet and greet session with members of the High-level Working Committee and the Special Performance Committee as well as citizens and residents of the Belait District from multiracial and all walks of life. Several exhibition and performances were showcase at their respective booths.
Third Batallion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) was given the honour to showcase their exhibition along with other institutions, companies and the British Forces Brunei from the British Garrison. His Majesty was welcomed by Lieutenant Colonel Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer of the 3Bn RBLF as well as officers and personnel of the 3Bn RBLFwhich featured photographs from last year’s Get-Together between His Majesty and personnel of the 3Bn RBLF.
The Combined Pipes and Band of 3Bn RBLF and the Gurkha Band took the opportunity in belting out “Happy Birthday” in the presence of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
Note: Extracted from Pelita Brunei article



KEMENTERIAN PERTAHAN MENYERTAI MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT SERTA PENDUDUK DAERAH BELAIT SEMPENA DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-77 TAHUN
DAERAH BELAIT, Sabtu, 22 Julai 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Belait, sempena dengan Sambuta Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-77 dengan penglibatan dari Kementerian Pertahanan dibeberapa segmen persembahan dan pameran.
Sejurus ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Lagu Kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” terus berkumandang dan dinyanyikan oleh rakyat serta penduduk Daerah Belait yang dikepalai oleh Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai tanda memulakan majlis dan seterusnya diikut dengan Persembahan Khas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat bagi Majlis Ramah Mesra yang didahului oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Jawatankuasa Peserta-peserta Persembahan Khas serta rakyat dan penduduk Daerah Belait yang pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Pelbagai pameran dan persembahan yang telah dimuatkan di khemah-khemah peserta pada kali ini.
Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) juga turut diberikan penghormatan untuk turut serta membuat pameran pada Majlis Ramah Mesra kali ini disamping penglibatan daripada institusi-institusi, syarikat-syarikat dan British Forces Brunei yang menetap di British Garrison. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Leftenan Kolonel Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota 3Bn TDDB untuk bercemar duli ke khemah 3Bn TDDB yang mempamerkan gambar-gambar ristaan Majlis Ramah Mesra Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama pegawai-pegawai dan anggota-anggota 3Bn TDDB pada tahun yang lepas.
Disamping itu juga gambungan Serunai dan Tambur 3Bn TDDB dan Pancaragam Gukha turut mengambil peluang memeriahkan suasana dengan dendangan “Selamat Hari Jadi” buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Nota: Dipetik dari artikel Pelita Brunei.