​​​


​​​​​BERAKAS GARRISON,

Friday, 21 July 2023

The Ministry of Defence held the Ilal Hijrah 1445 Celebration simultaneously at all surau’s in Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, bases and camps,
including Masjid Pulau Baru-Baru
with the focal event at Surau Al-Fa’izun Berakas Garrison today.
 


The event was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, Acting Permanent Secretary, Service Commanders and Joint Force Commander RBAF, Deputy Permanent Secretaries, officers and staff of the Ministry of Defence.



Also invited as special guests were member of the Legislative Council Zone 2 Brunei Muara District, Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi, Head Mukim of Lambak A and B, Awangku Amirnur Aminuddin bin Pengiran Haji Mohd Salleh, Acting Head Village Lambak Kiri and Haji Brahim bin Haji Abd Rahman Acting Head Village Lambak A. In addition, representative from Royal Brunei Police Force, Fire and Rescue Department, Royal Customs and Excise Department, Prison Department and Department of Immigration and National Registration were also invited.
 



The event was enlivened with the recitation of verses from the Al-Qur’an and followed by a religious talk titled, ‘Agama Dipelihara, Negara Sejahtera’ delivered by Dr Haji Harapandi Dahri from the Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB). The ceremony ended with the recitation of
Selawat Badriyyah, Zikir, as well as Sunat Dhuha prayer and a
Doa Selamatkan Sultan dan NegaraBrunei Darussalam.



The Ilal Hijrah 1445 Celebration held at Surau Al Fai’zun Berakas Camp
aims to strengthen solidarity with the local community and other government agencies as well as to foster camaraderie

and

friendships among officers and staff of the Ministry of Defence

with the spirit of migration to obtain success and a better life. 









KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1445



PERKHEMAHAN BERAKAS GARISON,

Jumaat, 21 Julai 2023

 Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 secara serentak di kesemua surau garison, pangkalan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama 
di Surau Al-Fa’izun Berakas Garison pada hari ini.


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Pemangku Setiausaha Tetap, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap berserta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan.


Turut diundang selaku Jemputan Khas ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara Zone 2 Daerah Brunei Muara iaitu Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi, Penghulu Mukim Lambak A dan B, Awangku Amirnur Aminuddin bin Pengiran Haji Mohd Salleh iaitu Pemangku Ketua Kampong Lambak Kiri dan Haji Brahim bin Haji Abd Rahman iaitu Pemangku Ketua Kampong Lambak ‘A’. Tambahan lagi, turut dijemput adalah wakil dari Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.



Sambutan ini disemarakkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an diikuti dengan penyampaian ceramah khas bertajuk ‘Agama Dipelihara, Negara Sejahtera’ yang disampaikan oleh Dr Haji Harapandi Dahri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Majlis diakhiri dengan bacaan Selawat Badriyyah, Zikir, serta Sembahyang Sunat Dhuha
dan Doa Selamatkan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. 



Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 pada tahun ini yang di adakan di Surau Al Fai’zun Perkhemahan Berakas bertujuan untuk merapatkan hubungan ukhwah bersama masyarakat setempat dan agensi-agensi Kerajaan yang lain sebagai satu dorongan untuk memupuk semangat setiakawan disamping untuk mengeratkan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan
dengan semangat hijrah bagi memperolehi kejayaan dan kehidupan yang lebih baik.​