
BOLKIAH GARRISON,
Friday, 14 July 2023
– The Ministry of Defence held a Doa Kesyukuran event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison, in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 77th birthday.
Present during the function were Colonel (U) Haji Mohammad Muluddin bin Awang Haji Latif, Director of Intelligence, as well as senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The function began with mass Maghrib prayer, followed by Sunat Hajat Prayer and the recitation of Surah Yaasin with Kaifiyat and Doa Kesyukuran led by Imam Khairol Azmi bin Haji Muhd Salleh, Imam Surau Ad-Difa’. The function then concluded with mass Isya’ prayer.
This function is an annual celebration held in all mosques throughout the country and celebrated by all citizens to show gratitude and love for His Majesty, the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison

Surau Al-Barakah, Tentera Udara Diraja Brunei

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut

Surau Asy-Syuhadah, Akademi Pertahanan ABDB

Masjid Pulau Baru-Baru
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE- 77 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 14 Julai 2023 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 tahun.
Hadir semasa majlis tersebut adalah Kolonel (U) Haji Mohammad Muluddin bin Awang Haji Latif, Pengarah Perisikan, serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota-anggota dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan bacaan Surah Yaasin dan Kaifiyat serta doa kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Khairol Azmi bin Haji Muhd Salleh, Imam Surau Ad-Difa’. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isya’ berjemaah.
Majlis ini merupakan sambutan tahunan yang diadakan di seluruh masjid-masjid di Negara Brunei Darussalam dan disambut oleh semua rakyat bagi menandakan rasa syukur dan menjunjung kasih terhadap raja dan pemimpin negara.