PENANJONG GARRISON, Monday, 3 July 2023 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Women Military Personnel celebrated its 42nd anniversary today since its establishment on 29 June 1981 with a thanksgiving ceremony at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Hajah Suridah binti Haji Muhammad Saji, Staff Officer Grade 1 Education Office, Directorate of Personnel, Ministry of Defence. Also present at the ceremony were senior officers, officers and other ranks from all RBAF units. 

The ceremony commenced with a special lecture titled “Wanita Di Dalam Ketenteraan Islam” delivered by Ustazah Siti Juhaidah binti Haji Bujang, Religious Officer, Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs.

The ceremony continued with the recitation of Surah Yasin and Tahlil which was led by Lieutenant Dayangku Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan, Staff Officer Grade 3 Religious Inspectorate, RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) and the Doa Kesyukuran was led by Captain Noria Fatriah binti Haji Abd Mutalif, Staff Officer Grade 3 Religious Doctrine, JAMA’AT.

The religious ceremony was organised to nurture religious spirituality among the RBAF women personnel. 







MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ASKAR WANITA ABDB KE-42 TAHUN

PENANJONG GARISON, Isnin, 3 Julai 2023 – Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyambut Hari Ulang Tahun Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-42 tahun sejak penubuhannya pada 29 Jun 1981 dengan sebuah majlis doa kesyukuran yang diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison pada hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Leftenan Kolonel Hajah Suridah binti Haji Muhammad Saji, Pegawai Turus Pejabat Pelajaran, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan lain-lain peringkat Askar Wanita ABDB.

Majlis diserikan dengan ceramah khas yang bertajuk “Wanita Di Dalam Ketenteraan Islam” yang disampaikan oleh Ustazah Siti Juhaidah binti Haji Bujang, Pegawai Ugama, Unit Ceramah, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang diketuai oleh Leftenan Dayangku Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan, Penolong Pegawai Turus Inspektorat Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), manakala Doa Kesyukuran diketuai oleh Kapten Noria Fatriah binti Haji Abd Mutalif, Penolong Pegawai Turus Doktrin, JAMA’AT. 

Upacara keagamaan ini dianjurkan untuk memupuk kerohanian agama di kalangan anggota wanita ABDB.