BOLKIAH GARRISON, Thursday, 29 June 2023 – The Ministry of Defence celebrated the annual
Hari Raya Aidiladha with Sunnat Hari Raya Aidiladha prayers this morning at Ad-Difa Surau, Bolkiah Garrison. Similar events were also held at all
suraus in Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases including Pulau Baru-Baru mosque.
The event started with the
Takbir Raya, followed by the Sunnat Hari Raya Aidiladha prayers led by Imam Mohd Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam of Ad-Difa’ Surau, who also delivered a special sermon in conjunction with
Hari Raya Aidiladha.
Attending the event was Colonel (U) Haji Mohd. Muluddin bin Awang Haji Latif, Director of Intelligence. Also present were officers as well as military personnel and civilian staff of the Ministry of Defence and the RBAF.




Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison

Surau Al-Hikmah, TDDB

Surau Al-Barakah, Pengkalan TUDB

Surau Al-Huda, TLDB

Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong

Surau Al-Rahmah, PerkhemahanLumut

Surau Asy-Syuhada, Akademi Pertahanan ABDB

Masjid Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILADHA 1444 HIJRAH
BOLKIAH GARISON, Khamis, 29 Jun 2023 - Kementerian Pertahanan telah meraikan Hari Raya Aidiladha dengan sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha secara berjemaah pada pagi tadi di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Majlis dimulakan dengan laungan Takbir Raya, diikuti dengan sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha berjemaah yang dipimpin oleh Imam Mohd Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa’ yang turut menyampaikan khutbah khas sempena Hari Raya Aidiladha.
Hadir di majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Mohd. Muluddin bin Awang Haji Latif, Pengarah Perisikan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota tentera serta kakitangan awam di Kementerian Pertahanan dan ABDB.