
SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 16 June 2023 – With the blessings and
hidayah from Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Lance Corporal Osman bin Yancha, a personnel from Gurkha Reserve Unit (GRU), Ministry of Defence, from the Medical Reception Station of the GRU’s Support Unit, recited his Islamic oath today at the Surau of Sungai Akar Camp.
Present at the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration), Directors, Commandant of the GRU and family members of Lance Corporal Osman to witness the ceremony.
The ceremony began with the recitation of
Surah Al-Mu’minun verses 1 to 11, recited by Ustaz Abdussalam bin Haji Jahari from the Religious Directorate RBAF (JAMA’AT), continued with Lance Corporal Osman bin Yancha reciting the
kalimah syahadah that was led by Yang Mulia Mohammad Noh bin Haji Mohammad Taib, Officer from the Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs. The ceremony was enlivened with a Dikir Marhaban, the sprinkling of
bunga rampai as well as the presentation of gifts by the Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, followed by other guests and family members. To bless the ceremony, a Doa Selamat was recited by Major Ariffin bin Amit, Staff Officer Grade 1, Religious Training, JAMA’AT.
Lance Corporal Osman bin Yancha has chosen Muhammad Osman bin Abdullah Yancha as his Islamic name. This was the first conversion ceremony held at the Surau of Sungai Akar Camp, with the hope that the message of Islamic da’wah would continue to be embraced among GRU personnel.



MAJLIS PENGISLAMAN ANGGOTA PASOKAN SIMPANAN GURKHA
PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Juma’at, 16 Jun 2023 – Setelah menerima hidayah dan petunjuk daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Lans Kopral Osman bin Yancha, seorang anggota bertugas di Pasokan Simpanan Gurkha (PSG) Kementerian Pertahanan, dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Unit Bantu PSG, telah melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengislaman pada hari ini bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.
Hadir di majlis pengislaman tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran), Pengarah-Pengarah, Komandan PSG serta ahli keluarga Lans Kopral Osman.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mu’minun ayat 1 hingga 11 yang dibacakan oleh Ustaz Abdussalam bin Haji Jaharu, Guru Ugama daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) dan diteruskan dengan Lans Kopral Osman bin Yancha melafazkan kalimah syahadah dan ikrar pengislaman yang dipimpin oleh Yang Mulia Mohammad Noh bin Haji Mohammad Taib, Pegawai Agama dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis disemarakkan lagi dengan laungan Dikir Marhaban, taburan bunga rampai dan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II yang diikuti oleh para jemputan dan ahli keluarga yang hadir. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mejar Ariffin bin Amit, Pegawai Turus Tarbiah Agama, JAMA’AT.
Lans Kopral Osman bin Yancha telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Osman bin Abdullah Yancha. Majlis pengislaman ini adalah yang pertama diadakan di Surau Perkhemahan Sungai Akar dengan harapan syiar dakwah Islam akan terus bersinar di kalangan anggota-anggota PSG.