REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 2 June 2023
– Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II led the Ministry of Defence’s delegation to the International Institute for Strategic Studies (IISS) 20th Shangri-La Dialogue (SLD) held from 2 to 4 June 2023 at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore.
Also attending this year’s Shangri-La Dialogue were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), as well as directors and senior officers from the Ministry of Defence and RBAF.
This year’s Dialogue hosted more than 550 delegates from the defence and security establishments of more than 40 nations around the world to discuss key regional security issues and initiatives.
The Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II attended the Ministerial Reception hosted by His Excellency Dr Ng Eng Hen, Minister for Defence of the Republic of Singapore, which was followed by a Keynote Address by The Honourable Anthony Albanese, Australian Prime Minister at the SLD Opening Dinner. During his speech, Prime Minister Albanese shared Australia’s strategic outlook and role in the context of the evolving regional security environment.
Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II also attended the United States-Southeast Asian Nations Multilateral Meeting on the margins of the SLD, where attending Defence Ministers and representatives had the opportunity to exchange views on security issues of common concern. The meeting was chaired by the United States’ Secretary of Defense, The Honourable Lloyd James Austin III, who took the opportunity to underline the United States’ continued commitment to supporting and engaging its partners in Southeast Asia to increase and address common challenges. Yang Berhormat Pehin amongst other shared that Brunei Darussalam values the importance of ASEAN, and will continue to welcome opportunities for defence cooperation and collaboration towards regional peace, security and stability.
The Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II also had a bilateral call with His Excellency Dr Ng Eng Hen, Minister for Defence of the Republic of Singapore where both Ministers reaffirmed the excellent and longstanding bilateral defence relationship between the two countries. Both sides also acknowledged the regular exchanges and close cooperation between both defence and military establishments. Also in attendance were His Excellency Dato Paduka Haji Sidek bin Ali, High Commissioner of Brunei Darussalam to the Republic of Singapore and Commander RBAF.
Since its inception in 2002, the SLD has grown to become Asia’s premier defence summit and continues to build confidence and foster practical security cooperation by facilitating open communication among the region’s most important defence and security policymakers. The regular participation of the Ministry of Defence and RBAF in this Dialogue has facilitated the building of closer ties with regional and international countries in order to foster defence diplomacy and further strengthen the already well-established relations.

Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II
attended the 20th IISS Shangri-La Dialogue.

Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II
called on His Excellency Minister of Defence, Republic of Singapore.

Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II
attended the US-ASEAN Multilateral Meeting held on the margin
of the 20th IISS SLD

Yang Mulia Commander RBAF attending the Opening of the
IISS Shangri-La Dialogue 20th Asia Security Summit

Third Plenary Session of the IISS Shangri-La Dialogue 20th Asia Security Summit

Yang Mulia Commander RBAF attending the Chief of Defence Roundtable Lunch
hosted by CDF Singapore Armed Forces
KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
MENGHADIRI DIALOG SHANGRI-LA IISS KE-20
REPUBLIK SINGAPURA, Juma’at, 2 Jun 2023 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam ke Dialog Shangri-La (SLD) ke-20 yang dianjurkan oleh
International Institute for Strategic Studies (IISS) dari 2 hingga 4 Jun 2023 bertempat di Hotel Shangri-La, Republik Singapura.
Turut hadir ke SLD tahun ini ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Dialog tahun ini dihadiri oleh lebih 550 wakil-wakil pertahanan dan keselamatan daripada lebih 40 negara-negara untuk membincangkan pelbagai isu dan inisiatif-inisiatif keselamatan yang berkepentingan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah menghadiri Majlis Resepsi bagi Menteri-Menteri Pertahanan yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura, yang kemudiannya diikuti dengan Ucaptama oleh Yang Berhormat Anthony Albanese, Perdana Menteri Australia pada Majlis Makan Malam Pembukaan Dialog Shangri-La. Yang Berhormat Perdana Menteri Albanese antaralain mengongsikan perspektif dan peranan strategik Australia dalam konteks persekitaran keselamatan serantau yang kian berubah.
Yang Berhormat Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga menghadiri Mesyuarat Pelbagai Hala diantara Amerika Syarikat dan Negara-Negara Asia Tenggara sebagai mesyuarat sampingan SLD, di mana Menteri-Menteri Pertahanan dan wakil-wakil yang hadir telah berpeluang bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan yang berkepentingan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Yang Berhormat Lloyd James Austin III yang turut mengambil kesempatan menggariskan komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam menyokong dan melibatkan rakan kongsinya di rantau Asia Tenggara untuk meningkatkan dan menangani cabaran bersama. Yang Berhormat Pehin antara lain juga mengongsikan bahawa Negara Brunei Darussalam menghargai kepentingan ASEAN, dan akan terus mengalu-alukan peluang bagi kerjasama dan kolaborasi pertahanan ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.
Yang Berhormat Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga telah mengadakan perjumpaan dua hala dengan Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura di mana kedua-dua Menteri mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang sangat baik dan lama terjalin di antara kedua-dua negara. Kedua belah pihak juga mengakui pertukaran dan kerjasama erat antara kedua-dua pertubuhan pertahanan dan ketenteraan. Turut hadir adalah Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Sidek bin Ali, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura dan Yang Mulia Pemerintah ABDB.
Sejak penubuhannya pada tahun 2002, SLD terus berkembang sebagai salah satu acara pertahanan yang terkemuka di Asia dan terus dimanfaatkan sebagai satu platform untuk pertukaran pandangan bagi membina keyakinan dan meningkatkan lagi kerjasama secara praktikal di antara pemimpin-pemimpin tertinggi dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Penyertaan kerap Kementerian Pertahanan dan ABDB dalam dialog ini telah memudahcara untuk membina hubungan yang lebih erat dengan negara-negara serantau dan antarabangsa bagi memupuk diplomasi pertahanan dan merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin dengan baik.