BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 17 May 2023 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a farewell call from Group Captain Graeme Davis, United Kingdom Defence Adviser to Brunei Darussalam. Also present were Acting Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence. 

During the call, Commander RBAF welcomed and expressed his appreciation for Group Captain Graeme Davis’s presence at the Ministry of Defence. Both Commander RBAF and Group Captain Graeme Davis expressed their gratitude towards the close defence relations between Brunei Darussalam and the United Kingdom fostered through bilateral and multilateral platforms. Both sides also expressed their hope to enhance and strengthen defence cooperation. The Commander RBAF also thanked Group Captain Graeme Davis for his contributions towards the Ministry of Defence and RBAF during his tenure as United Kingdom Defence Advisor to Brunei Darussalam. 

Group Captain Graeme Davis assumed the appointment as United Kingdom Defence Advisor to Brunei Darussalam on 17 May 2019. 








PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN UNITED KINGDOM KE BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Rabu, 17 Mei 2023 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan perpisahan daripada
Group Captain Graeme Davis, Penasihat Pertahanan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan dan merakamkan rasa penghargaan ke atas kehadiran
Group Captain Graeme Davis ke Kementerian Pertahanan. Pemerintah ABDB dan Group Captain Graeme Davis merakamkan penghargaan di atas hubungan dan kerjasama dua-hala yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom melalui interaksi dua hala dan pelbagai hala. Kedua-dua pihak turut menyuarakan hasrat bagi hubungan kerjasama pertahanan untuk diperluas dan diperkukuhkan. Pemerintah ABDB juga turut mengucapkan terima kasih kepada
Group Captain Graeme Davis bagi sumbangan yang telah diberikan kepada Kementerian Pertahanan dan ABDB semasa beliau menjawat jawatan sebagai Penasihat Pertahanan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam.


Group Captain Graeme Davis menjawat jawatan sebagai Penasihat Pertahanan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam sejak 17 Mei 2019. ​