KAMPUNG MENUNGGOL, Sunday, 9 April 2023 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces Outreach and Ihya Ramadhan Programme which is conducted in all districts throughout the month of Ramadhan was held at Masjid Kampung Menunggol, Pulau Berambang, Brunei-Muara District today.

 

The function started with the recitation of Yassin and Tahlil, followed by
Iftar with the residents of Kampung Menunggol and
Fardhu Maghrib prayer.  The function then proceeded with dinner, Fardhu Isya’ prayer led by Yang Mulia Imam Mohammad Zulhafiz Zariq bin Awang Damit, whilst the Sunat Tarawih and Witir prayers was led by Bilal Mohammad Assraffi bin Haji Ibrahim. 

 

Donations to the orphans were presented by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, as head of the delegation followed by donations to the underprivileged from Kampung Menunggol presented by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF.  This was then followed by donation to the mosque’s fund to Yang Mulia Imam Mohammad Zulhafiz Zariq bin Awang Damit by Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander RBAF and the function concluded with
Tadarus Al-Quran.

 

Also in the delegation were Acting Permanent Secretary at the Ministry of Defence, senior leadership as well as officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF.

 

The programme aims to strengthen community relations especially with the local villagers while reaping the bountiful benefits of this holy month. 








PROGRAM JANGKAUAN DAN IHYA RAMADHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DI KAMPUNG MENUNGGOL​


KAMPUNG MENUNGGOL, Ahad, 9 April 2023 - Program Jangkauan dan Ihya Ramadhan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang sedang diungkayahkan secara berterusan di bulan Ramadhan di kesemua daerah telah diadakan di Masjid Kampung Menunggol, Pulau Berambang, Daerah Brunei dan Muara pada hari ini. 

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil, diikuti dengan berbuka puasa bersama penduduk Kampung Menunggol dan sembahyang Fardhu Maghrib. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam, sembahyang Fardhu Isya yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Mohammad Zulhafiz Zariq bin Awang Damit, manakala Sunat Tarawih dan Witir telah dipimpin oleh Bilal Mohammad Assraffi bin Haji Ibrahim. 

 

Penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Ketua Rombongan diikuti dengan penyerahan sumbangan kepada fakir miskin penduduk Kampung Menunggol yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Majlis diteruskan dengan penyerahan dana masjid kepada Yang Mulia Imam Mohammad Zulhafiz Zariq bin Awang Damit yang disampaikan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dan diakhiri dengan Tadarus Al-Quran bersama para jemaah dan penduduk setempat. 

 

Mengikuti rombongan adalah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 

 

Perlaksanaan program bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan terutama sekali dengan penduduk kampung disamping meningkatkan lagi ibadah dan meraih ganjaran yang besar di bulan yang mulia ini.​