TANAH JAMBU, Tuesday, 4 April 2023 – On the occasion of the Holy Month of Ramadhan, a Ramadhan Forum was organised by the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT) this morning at the Auditorium Hall, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF). 


The Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif was present as the guest of honour. Also present were RBAF Service Commanders, senior officers as well as RBAF personnel.


With the theme ‘Ramadhan: Raih Taqwa, Jiwa Perkasa’, the forum aimed to provide an understanding and emphasised the importance of implementing piety, especially in this month of Ramadhan. 


The forum, chaired by Captain Mohd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini, Assistant Staff Officer, RBAF Religious Directorate, listened to the explanation and description of the topic by two panel members comprising
Colonel Dr. Khairul Fauzi bin Azmi, The Policy and Management Director of the Malaysian Armed Forces Religious Corps (KAGAT) and Major Ariffin bin Amit/Hamid, Staff Officer Grade 1 Religious Training, RBAF Religious Directorate.


The event began with a recitation of
Surah Al-Fatihah, followed by the forum and presentation of souvenirs to the panel members. It concluded with the recitation of the Closing
Doa.


FORUM RAMADHAN BAGI TAHUN 1444H ANJURAN JABATANARAH AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (JAMA’AT)


TANAH JAMBU, Selasa, 4 April 2023 – Sempena bulan suci Ramadhan, sebuah Majlis Forum Ramadhan bagi tahun 1444H anjuran Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah diadakan pada hari ini di Dewan Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB). 


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis forum berkenaan adalah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, pegawai-pegawai kanan serta anggota-anggota ABDB. 


Dengan membawakan tema ‘Ramadhan: Raih Taqwa, Jiwa Perkasa’, forum Ramadhan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman serta penghayatan kepada anggota-anggota tentang kepentingan yang perlu difahami dan dilaksanakan dalam meraih taqwa di bulan Ramadhan. 


Forum tersebut, yang dipengerusikan oleh Kapten Mohd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini, Penolong Pegawai Turus Gerakan Agama JAMA’AT, telah mendengarkan penjelasan serta huraian tajuk dari dua ahli panel iaitu Kolonel Dr. Khairul Fauzi bin Azmi, Pengarah Dasar Dan Pertahanan Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) dan Mejar Ariffin bin Amit/Hamid, Pegawai Turus Tarbiyah Agama JAMA’AT. 


Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan sesi forum, penyampaian cenderahati kepada ahli panel serta diakhiri dengan bacaan doa penutup.