
BOLKIAH GARISSON, Monday, 3 April 2023 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from His Excellency Alok Amitabh Dimri, High Commissioner of the Republic of India to Brunei Darussalam. Also in attendance were the Acting Chief of Staff RBAF and Acting Director of Intelligence.
During the courtesy call, the RBAF Commander welcomed His Excellency to Brunei Darussalam and the Ministry of Defence and congratulated him on his official appointment as the High Commissioner of Republic of India to Brunei Darussalam on 25 May 2022.
The RBAF Commander also expressed his appreciation on the established diplomatic relations between the two countries since 10 May 1984 where a Memorandum of Understanding on Defence Cooperation, signed on 2 Feb 2016, had opened up more opportunities for both Armed Forces to collaborate more closely. Currently, both sides are in negotiations to renew the MoU to include four possible major areas, namely the exchange of visits at different levels; exchange of experience, information and training; conduct of joint military exercises, seminars and discussions; and cooperation between defence industries.
The RBAF Commander appreciated Republic of India’s friendship and hoped that their bilateral relationship remained stronger than ever.
PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK INDIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 3 April 2023 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri, Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pemangku Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri, Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan serta merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam pada 25 Mei 2022.
Pemerintah ABDB turut merakamkan penghargaan di atas hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara yang telah terjalin sejak 10 Mei 1984 di mana sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 2 Feb 2016 telah memberikan lebih banyak peluang buat kedua belah pihak untuk berkerjasama dengan lebih rapat. Kedua-dua pihak kini dalam rundingan untuk memperbaharui MoU pada empat bidang utama, iaitu pertukaran lawatan di beberapa peringkat, pertukaran pengalaman, maklumat dan latihan iaitu dalam menjalankan latihan ketenteraan bersama, seminar dan kerjasama antara industri pertahanan.
Pemerintah ABDB sangat menghargai persahabatan Republik India dan berharap agar hubungan dua hala ini akan terus kukuh.