BOLKIAH GARISSON, Monday, 6 March 2023 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II received a farewell call from Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Chief of Malaysian Army today.

During the call, Yang Berhormat Pehin welcomed Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose to Brunei Darussalam and the Ministry of Defence. He also conveyed his warmest appreciation to Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose for his contributions and cooperation in enhancing bilateral defence relations between Brunei Darussalam and Malaysia throughout his leadership as the Chief of Malaysian Army since 11 June 2020.
 
During the call, both sides expressed pleasure over the special and longstanding relations enjoyed by both countries, particularly in the areas of defence and military that had been strengthened through various bilateral agreements in defence cooperation, exchange of high-level visits, courses, training and interactions. The two sides also reaffirmed their commitment in enhancing cooperation in other regional and international fora, including the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) and the United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) towards promoting peace, security and prosperity of the region.   

The defence ties between the two countries had been strengthened with the signing of the first Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 14 February 1992.




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA 

BOLKIAH GARISON, Isnin, 6 Mac 2023 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah menerima kunjungan perpisahan daripada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat Malaysia hari ini.  

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Pehin mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose ke Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan. Yang Berhormat Pehin juga menzahirkan penghargaan kepada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose di atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan dalam mempertingkatkan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia di sepanjang kepimpinan beliau sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia semenjak 11 Jun 2020. 

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menzahirkan rasa gembira atas hubungan istimewa dan yang telah lama terjalin oleh kedua-dua negara, khususnya dalam bidang pertahanan dan ketenteraan yang telah diperkukuhkan melalui pelbagai perjanjian dua hala dalam kerjasama pertahanan, pertukaran lawatan di peringkat tinggi, kursus, latihan dan interaksi. Kedua-dua pihak turut menegaskan semula komitmen mereka dalam meningkatkan kerjasama dalam forum serantau dan antarabangsa, termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) ke arah mempromosikan keamanan, keselamatan dan kemakmuran rantau ini.

Hubungan pertahanan di antara kedua-dua negara telah diperkukuhkan dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan buat pertama kali pada 14 Februari 1992.