BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 22 February 2023 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF),
received an introductory call from Major General Gerald Mark Strickland, Colonel of the Regiment, Royal Gurkha Rifles and General Officer Commanding 6th (United Kingdom) Division (Cyber). Also present were Acting Chief of Staff RBAF and the Director of Intelligence.

During the call, Commander RBAF welcomed and expressed his appreciation for Major General Strickland’s presence at the Ministry of Defence. Both Commander RBAF and Major General Strickland expressed their gratitude towards the close defence relationship between Brunei Darussalam and the United Kingdom fostered through bilateral and multilateral platforms. Both sides also expressed their hope to enhance and strengthen defence cooperation.

Major General Gerald Mark Strickland is currently visiting Brunei Darussalam from 20th February 2023 until 24th February 2023. 




PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA COLONEL ROYAL GURKHA RIFLES DAN GENERAL OFFICER COMMANDING 6 UK DIVISION (CYBER)

BOLKIAH GARISON, Rabu, 22 Februari 2023 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Mejar Jeneral Gerald Mark Strickland, Colonel of the Regiment, Royal Gurkha Rifles dan General Officer Commanding 6th (United Kingdom) Division (Cyber). Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan dan merakamkan rasa penghargaan ke atas kehadiran Mejar Jeneral Strickland ke Kementerian Pertahanan. Pemerintah ABDB dan Mejar Jeneral Strickland merakamkan penghargaan di atas hubungan dan kerjasama dua-hala yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom melalui interaksi dua hala dan pelbagai hala. Kedua-dua pihak turut menyuarakan hasrat bagi memperluaskan dan memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama pertahanan.

Mejar Jeneral Gerald Mark Strickland sedang membuat lawatan ke Negara Brunei Darussalam dari 20 Februari 2023 hingga 24 Februari 2023.