
BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 23 February 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family, has consented to grace Brunei Darussalam’s 39th National Day celebration grand assembly with citizens and residents of the country at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
With the theme
Menjayakan Wawasan Negara, Brunei Darussalam’s 39th National Day Celebration began with the national anthem, followed by the Guard of Honour inspection by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The Guard of Honour contingent comprising 410 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), and a combined band from both the Royal Brunei Armed Forces and Royal Brunei Police Force was led by Lieutenant Colonel Haji Mohammed Airul Wizan bin Haji Ahmad as Parade Commander.
The march-past of 3,900 participants, led by the Head of Parade group, comprised seven groups: the National Peace group, Bestari Community group, Public Sector group, Private Sector group, Education Sector group, Civil Association group and the Excellence group.
The Head of Parade group was headed by Lieutenant (U) Mohammad Noor Ali Hussyaini @ Roy bin Haji Shalil along with 39 personnel from Training Institute, RBAF carrying the giant-sized national flag of Brunei Darussalam.
Meanwhile, a total of 178 RBAF personnel headed by Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Commander Operations Group of Royal Brunei Air Force, joined the march past under the National Peace group.
The Ministry of Defence also participated in the march-past under the Public Sector group that consisted of teams from all ministries and government agencies. The team from the Ministry of Defence was represented by Yang Mulia Colonel (Retired) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Permanent Secretary (Development, Maintenance and Technology) of the Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries, directors, senior officers as well as staff from the Ministry of Defence.









KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-39
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Februari 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berserta Ahli-ahli Kerabat Diraja, telah berkenan berangkat ke upacara perhimpunan agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-39 bersama rakyat dan penduduk negara ini di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’, Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 tahun ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dan diikuti dengan pemeriksaan Perbarisan Kehormatan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pasukan Perbarisan Kehormatan diketuai oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammed Airul Wizan bin Haji Ahmad melibatkan seramai 410 orang yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PPDB.
Seramai 3,900 peserta telah menyertai perbarisan lalu, dibahagikan kepada tujuh kumpulan iaitu Keamanan Negara, Masyarakat Bestari, Sektor Awam, Sektor Swasta, Sektor Pendidikan, Pergerakan Awam dan Pasukan Cemerlang dan didahului oleh Kepala Perbarisan.
Kumpulan Kepala Perbarisan diketuai oleh Leftenan (U) Mohammad Noor Ali Hussyaini @ Roy bin Haji Shalil dengan keramaian 39 anggota daripada Institut Latihan ABDB yang membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang bersaiz besar.
Sementara itu, seramai 178 orang anggota ABDB yang diketuai oleh Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei menyertai acara perbarisan-lalu dalam kumpulan Keamanan Negara.
Kementerian Pertahanan juga menyertai perbarisan lalu kumpulan Sektor Awam yang terdiri dari gabungan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Pasukan Kementerian Pertahanan diwakili oleh Yang Mulia Kolonel (Bersara) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Setiausaha Tetap (Pembangunan, Pemeliharaan dan Teknologi) Kementerian Pertahanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan.