
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 22 February 2023 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence received a courtesy call from Major General Gerald Mark Strickland, General Officer Commanding, 6th United Kingdom Division of British Armed Forces today.
During the call, the Deputy Minister of Defence welcomed Major General Strickland to Brunei Darussalam and the Ministry of Defence. The Deputy Minister of Defence also expressed appreciation for the active and longstanding bilateral relations between Brunei Darussalam and United Kingdom amongst which includes defence and military relations, military courses and exercises.
Major General Strickland is currently in Brunei Darussalam as part of his visit to the British Forces Brunei in his capacity as the Colonel of the Royal Gurkha Rifles.
Major General Gerald Mark Strickland was appointed as the General Officer Commanding the 6th United Kingdom Division in September 2021.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEGAWAI MEMERINTAH DIVISYEN KE-ENAM ANGKATAN TENTERA BRITISH, UNITED KINGDOM
BOLKIAH GARRISON, Rabu, 22 Februari 2023 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan telah menerima kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral Gerald Mark Strickland, General Officer Commanding, 6th United Kingdom Division of British Armed Forces hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengalu-alukan kedatangan Mejar Jeneral Strickland ke Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan. Timbalan Menteri Pertahanan turut menzahirkan ucapan penghargaan atas hubungan dua hala yang aktif dan telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom termasuk dalam aktiviti-aktiviti hubungan pertahanan dan ketenteraan, latihan-latihan dan eksesais ketenteraan.
Mejar Jeneral Strickland sedang berada di Negara Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada lawatannya ke British Forces Brunei dalam kapasiti beliau sebagai Colonel of the Royal Gurkha Rifles.
Mejar Jeneral Gerald Mark Strickland telah dilantik sebagai General Officer Commanding, 6th United Kingdom Division of British Armed Forces pada bulan September 2021.